The Sun melaporkan koleksi memorabilia milik mendiang penyanyi pop lagenda, Michael Jackson dilelong pada harga dianggarkan £2.5 juta (RM13.1 juta).
Kesemua 32,000 barangan berkaitan penyanyi yang digelar Raja Pop itu akan dijual secara berasingan dalam satu acara lelongan yang akan dibuat secara atas talian.
Identiti pemilik koleksi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.
Sebanyak 10 sarung tangan kiri dan kanan Billie Jean yang pernah dipakai oleh Michael bernilai sehingga £185,000 (RM974, 722) adalah antara barangan yang mendahuli lelongan berkenaan.
Selain itu, kostum lengkap Billie Jean £325,000 (RM1.7 juta) serta sehelai baju yang dipakai dalam video muzik Scream yang diterbitkan pada 1995 mencecah nilai £67,000 (RM352,999) turut dilelong.
Koleksi tersebut pada asalnya bertujuan untuk diberikan kepada sebuah muzium di Los Angels namun rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Pernah viral kan ade org jumpa MJ ms covid ari tu..mcm br pas menyoping .ade bc gak rumah anak dia yg bongsu, pun ade 1 bilik rahsia..ade yg ckp dia x mati.. tp mati ke x ke reta dia ni melimpah ruah kan walaupun diistihar bankrup..