CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi bukan saja dibuang malah diracun !

24-6-2013 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7861| Komen: 41

Tongod: Meskipun diberi minum racun dan dibuang tanpa sehelai pakaian sebaik dilahirkan, namun nasib tetap menyebelahi seorang bayi lelaki apabila ditemui penduduk dalam keadaan masih hidup sebelum diberi rawatan tradisional.


  Namun, keadaan bayi malang itu ditemui di depan rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Ladang KJS di Kampung Inarad, di sini, kira-kira jam 5.30 petang pada 16 Jun lalu, dilihat semakin lemah.

  Keadaan itu menyebabkan penduduk segera menghantarnya ke klinik bergerak, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan

  Difahamkan, bayi itu dipercayai cuba digugurkan ibunya ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi sebaik ‘dilahirkan’, bayi berkenaan terus bernyawa.

  Tidak sanggup membunuh dengan mencederakan bayi itu, pelaku yang lebih kejam daripada binatang itu kemudian memberi insan kecil itu racun sebelum meninggalkan bayi terbabit dalam keadaan bogel di hadapan rumah pekerja ladang sawit.

  Individu menemui bayi terbabit mendakwa mulut bayi itu berbau racun dan masih hidup sebelum dirawat menggunakan perubatan tradisional.
  Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih melakukan siasatan.

  “Saya difahamkan sebaik menemui bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu, pekerja ladang hanya membawanya berubat menggunakan kaedah tradisional berikutan kedudukan ladang yang jauh dari hospital.
  “Namun, oleh kerana keadaannya semakin lemah, bayi itu dihantar ke Klinik Bergerak Kampung Inarad, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya.

  Martin berkata, siasatan awal mendapati, mulut bayi itu berbau racun ketika ditemui dan sehingga kini, belum ada individu yang tampil menuntut bayi terbabit.

  “Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

  Martin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31, Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.


Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 24-6-2013 07:49 AM
owh ... keciannya baby tue....

mujur semangat baby tu nak hidup kuat bangat ...

kalo jumpa pelaku tu, mohon dihukum minum racun gak
Quote iza_yuss 24-6-2013 08:01 AM
bukan kat malaysia kan? wah.... ada cara baru plak nak buang/matikan baby ni..... satgi ada la tu mana2 insan yg bertuah meniru cara camni..... aduhaiii
Quote seroja11 24-6-2013 08:05 AM
x cukup bulan....di bagi lagi minum racun..tapi tetap hidup...kuat nyer..
Quote cutebaby5907 24-6-2013 08:05 AM
iza_yuss posted on 24-6-2013 08:01 AM
bukan kat malaysia kan? wah.... ada cara baru plak nak buang/matikan baby ni..... satgi ada la tu ma ...

kat mesia tu
kat sabah nun
Quote PICes_Boy 24-6-2013 08:07 AM
tongod ni kat mana erk?
Quote gujiwa 24-6-2013 08:08 AM
kuatnya semangat baby tuh... 5 bulan..
Quote shahbp 24-6-2013 08:10 AM
Ni kategori zalim lebih teruk dari binatang nie.........................
Quote harisbee 24-6-2013 08:19 AM
kat ulu sabah pun ada bohsia ker? nama tmpt cam ulu je...
Quote mrsrezza 24-6-2013 08:25 AM
kuatnya baby tuh..elok dihumban dlm lubang kubur je pelaku ni!
Quote chinatsu 24-6-2013 08:28 AM
tak paham berita kat atas..bayi tu berumur 5 bulan dalam kandungan dan dilahirkan ke?
sebab susah kandungan baru 5 bulan baby tu bole hidup..
Quote iza_yuss 24-6-2013 08:36 AM
cutebaby5907 posted on 24-6-2013 08:05 AM
kat mesia tu
kat sabah nun

oooo..... huhu

satgi ada lah tu yg meniru..... mmmmm
Quote genUmi 24-6-2013 09:08 AM
haiwan sangat lakunya
Quote amyainsamad 24-6-2013 09:18 AM
kesian baby tu.....
Quote mamapea 24-6-2013 09:19 AM
kejamnya...kalau xnak bgla kt org..bknnya susah pun..
Quote bobbie80 24-6-2013 09:19 AM
Tongod ni kira pedalaman gak...terletak di derah telupid..
Quote ogata 24-6-2013 09:20 AM
bgs la dia bunuh bayi tu..
Quote geenie 24-6-2013 09:24 AM
Da la mengandung susah,nak branak lg susah,sanggupnya la mak dia nk g bunuh baby tu
Betol2 ati kering
Quote kaknab 24-6-2013 09:35 AM
kesiannnnnnn binatang, binatangkan x dak akal, kenapa benda perkara jahat selalu di samakan dgn perlakuan binatang.
bukankan itu tindakan manusia yg berakal dgn hasutan dari syaitan, kepada yg lemah imannya..

kesian binatanggg.. sesunguhnya binatang2 adalahlah makhluk tuhan yg x berakal.

ada ka jumpa binatang bg racun kt anak dia?
ada ka jumpa binatang buang ank dia dari tingkat 17?
ada ka jumpa binatang flash anak dia dalam toilet?



Quote shiro82 24-6-2013 09:36 AM
......kesiannye...semoga Allah melindungi anak2 tidak berdosa ini. Kejam dan keji dan bodoh punya mak!

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.082336 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top