Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, memaklumkan dia tidak akan menggunakan sensitiviti masyarakat sebagai bahan untuk mendapatkan publisiti bagi melariskan perniagaan.
Kata graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ini, dia masih kenal batas dan tidak melampau seperti individu lain yang sanggup menjentik isu-isu sensitif untuk mendapatkan perhatian. “Bagi saya, selagi saya tak petik isu agama, berbogel di depan orang ramai, tak buat perkara yang pelik-pelik dan hina orang, tak ada masalah. “Saya masih tahu batas. Masih boleh berfikir baik buruk perbuatan. Orang lain, saya tak pasti.
“Saya tak suka ke arah itu. Ada benda perlu kontroversi, ada benda perlu serius. Sebab itu, kalau berlaku (kontroversi), lebih baik berdiam,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
rosedemon replied at 15-7-2022 11:22 AM
dia ni nmpak macam sopan santun je.
chep replied at 17-7-2022 03:46 AM
Berbogel tak de.. Separuh bogel ade kot...
TomyamPuteh replied at 17-7-2022 07:55 AM
Muka Iqbal ni jenis sejuk. Pada mata aku la aku. Aku agak yakin yg dia ni anak yg baik.
rosedemon replied at 15-7-2022 11:22 AM
dia ni nmpak macam sopan santun je.
GegarVaganja replied at 17-7-2022 07:00 AM
Paling menyedihkan sendiri up.
@Kurex pun tak berselera dengan dia.
Done fitnah Kurex
dudaberhias replied at 17-7-2022 08:33 AM
masalahnya sape yang gigih dan hengen sangat nak edit gambar ko nyah...
entah2 edit sendiri lepastu ...
ADVERTISEMENT