|
SANTIAGO, Chile – Sekumpulan nelayan di Chile berjaya menangkap seekor ikan gergasi sepanjang 4.8 meter (16 kaki) yang mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat, lapor akhbar Daily Star UK.
Ini berikutan kepercayaan tahyul masyarakat tempatan bahawa gempa bumi akan berlaku selepas kemunculan ikan gergasi itu yang dikenali sebagai ikan dayung(oarfish). Ikan itu ditangkap di luar pantai Chile dan orang awam yang tinggal di bandar Arica berpusu-pusu ke jeti untuk melihat haiwan ganjil tersebut. Rakaman yang dikongsi di laman TikTok menunjukkan ikan yang panjang dan bertulang itu dicangkuk di kepala ketika pekerja-pekerja memindahkannya ke darat. Ikan dayung yang juga digelar ‘King of the Herrings’ itu memiliki panjang hampir 5 meter. Rakaman video itu mendapat 10 juta tanda suka. Namun ia turut menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang khuatir penemuannya adalah petanda gempa bumi dahsyat akan berlaku. “Isunya sekarang ke mana kita akan melarikan diri jika bencana ini berlaku,” komen seorang pengguna media sosial. Sesetengah orang juga percaya bahawa sesiapa yang menemui ikan dayung akan disumpah, manakala kemunculannya di dunia manusia adalah petanda buruk. Ikan dayung hidup di laut dalam dan hanya kembali ke permukaan apabila sakit, hampir mati atau mahu membiak. -CARI Sumber: Kosmo
|
Ikan dayung hidup di laut dalam dan hanya kembali ke permukaan apabila sakit, hampir mati atau mahu membiak

shernazz replied at 15-7-2022 12:24 PM
Tengok gambo dalam laut nampak kecik je cm.ikan malong tu..
Tengok gambo kat atas neh...beso betul.. ...

green~tea replied at 15-7-2022 04:42 PM
Iols takde kuali yang muat... maybe kena belah 1000 pcs..

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 1.611007 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.