CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pembayaran Royalti Karya P Ramlee Hampir Tamat, Apa Nasib Sazali?

15-7-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3074| Komen: 22

Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) menyifatkan peranan yang dimainkannya dalam menangani isu berhubung karya-karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang hampir tamat tempoh perlindungan hak cipta amat genting.


Menerusi kenyataan dikeluarkan MACP kepada Harian Metro, badan pengutip royalti berdaftar itu menjelaskan sekiranya tempoh perlindungan hak cipta yang sedia ada tidak dapat dilanjutkan, maka karya-karya Allahyarham akan memasuki domain awam.


Foto: Harian Metro

"Jika tempoh perlindungan hak cipta yang sedia ada tidak dapat dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun, karya-karya Allahyarham P Ramlee akan memasuki domain awam dan tidak lagi tertakluk kepada perlindungan hak cipta yang mewajibkan obligasi pembayaran royalti bagi penggunaan karya-karya itu.


"Malah, lagu-lagu Allahyarham yang masih lagi segar berkumandang di dalam dan luar negara akan menjadi satu kerugian besar kepada negara, rakyat Malaysia serta waris-waris Allahyarham sendiri," jelas kenyataan itu.

Justeru, isu yang diketengahkan oleh MACP berhubung lanjutan tempoh perlindungan hak cipta ini adalah tertakluk kepada pindaan dalam Akta Hak Cipta 1987 serta kelulusan dasar kerajaan.

Dalam kenyataan itu, dijelaskan juga bahawa MACP perlu mengusulkan lanjutan pembayaran royalti kepada waris-waris Allahyarham sehingga ke peringkat yang memerlukan keputusan polisi kerajaan bagi mempertimbangkan perlindungan hak cipta khususnya bagi karya muzik, rakaman bunyi dan filem arwah untuk dilanjutkan menjadi 70 tahun.

Terdahulu, MACP mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu penamatan perlindungan hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang tempoh matangnya akan berakhir tahun depan apabila mencecah 50 tahun.

Ia susulan luahan hati anak Allahyarham P Ramlee iaitu Sazali, 63, yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini bakal tamat tahun depan.

"Kalau duit royalti sudah tiada kehidupan saya dan isteri akan susah.

"Selama ini, saya bergantung hidup dengan duit royalti itu untuk buat beli barangan dapur, pengangkutan ke hospital, rawatan fisio kaki yang cedera akibat kemalangan, temujanji dengan doktor setiap tiga bulan kerana menghidap asma dan darah tinggi serta penyakit tulang belakang yang dihidapi isteri," katanya.

Sazali yang mendirikan rumah tangga dengan isteri, Hamidah Hitam tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 15-7-2022 11:14 AM
hurmm sebelum ni takde kerja langsung ke?? knp mengharapkan royalti bapak semata2
Quote rosedemon 15-7-2022 11:19 AM
dah berpuluh tahun ko goyang kaki makan duit royalti. amboi amboi
Quote LadyCarefree 15-7-2022 11:19 AM
mizruncing replied at 15-7-2022 10:14 AM
hurmm sebelum ni takde kerja langsung ke?? knp mengharapkan royalti bapak semata2

Kaaaaaan?

Mujurlah tadok anak.
Quote LadyCarefree 15-7-2022 11:20 AM
Harap awalkan tamat tempoh hingga jangka hayat saja iaitu bila mampos maka habislah tamatlah bayaran royalti. Lifetime royalty saja.
Quote prizadane 15-7-2022 11:27 AM
Yelah, ayah seniman agung kan. Maybe dia rasa dia patut dapat royalti sampai bila-bila. Tapi ayah masa nak meninggal pun bukan senang dan kaya. Meh la dengarkan lagu ni ya..

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayah anda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku biarlah ganti
Dijiwamu hidup abadi
Biarlah temanmu sejati
Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayah anda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku biarlah ganti
Dijiwamu hidup abadi
Biarlah temanmu sejati
Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayah anda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Hm hm
Quote petpom 15-7-2022 11:27 AM
mcm mana anak angkat boleh dpt royalti?
Quote azimodin 15-7-2022 11:27 AM
Tengok macam dia ni je yg selalu komplen pasal rotalty. Nasir, dian & yg lain2 senyap je. Xkan la nak harapkan royalty sampai 7 keturunan.  Bau2 entitled sangat pakcik ni
Quote petpom 15-7-2022 11:28 AM
Edited by petpom at 15-7-2022 11:29 AM

td google, royalti dpt rm 50k setahun. tp yg dpt bukan sazali. cucu p ramlee yg dpt. ( anak nasir)
Quote seri_mawr 15-7-2022 11:35 AM
petpom:    Edited by petpom at 15-7-2022 11:29 AM  td google, royalti dpt rm 50k setahun. tp yg dpt bukan sazali. cucu p ramlee yg dpt. ( anak nasir)


oh sikit jek...x sampai 5k sebulan....tapi ok la tu tuk survive anak ku sazali...

tapi cerita2 Pramlee ni mmg legend la...sampai la org2 dok tgk lagi....


Quote missHaidiD 15-7-2022 11:36 AM
prizadane replied at 15-7-2022 11:27 AM
Yelah, ayah seniman agung kan. Maybe dia rasa dia patut dapat royalti sampai bila-bila. Tapi ayah ma ...

Lahai dia pun ank angkt je
Melebih pulak pakcik ni

Kt malaysia ni ramai lg org susah. Yg lg susah dr dia pun ada
Quote selipar_hijau 15-7-2022 11:44 AM
anak betul p. ramlee ada berapa orang?
Quote exclusive_vvip 15-7-2022 11:46 AM
pakcik ni dulu ada je keje kan..penah baca dlm majalah, dia x malu keje sebagai tukang kutip sampah walaupun anak P Ramlee..skrg mungkin dah pencen la kot, pastu dengan badan sakit2 lagi..bagi iols la, biar je la MACP tu buat keje, kalu diorg mampu usahakan utk lanjutkan tempoh dpt royalti tu..yg uols pakat2 emo psl royalti p Ramlee dah kenapa? bukannya duit korang yg kena kuar pun kalu royalti sambung lagi 20 tahun..
Quote zennaya 15-7-2022 12:05 PM
exclusive_vvip replied at 15-7-2022 11:46 AM
pakcik ni dulu ada je keje kan..penah baca dlm majalah, dia x malu keje sebagai tukang kutip sampah  ...

betol. sazali ni dulu keje tukang sapu DBKL. dia bukan x keje langsung harap duit royalti bapak. pelik acik2 forumer kat atas. dia pun mungkin ada EPF,maybe byk hbis utk ubat.
Quote Redmyvi 15-7-2022 01:22 PM
untung jd ank Pramlee merasa gk la royalti buat tambah2 pendapatan..
Quote Perawankota 15-7-2022 01:53 PM
Dia ada bantuan dari kerajaan tak selain daripada duit royalti ni?

Quote asfaz 15-7-2022 02:44 PM
petpom replied at 15-7-2022 11:28 AM
td google, royalti dpt rm 50k setahun. tp yg dpt bukan sazali. cucu p ramlee yg dpt. ( anak nasir)

Cucu paling layak kot. Dian dengan Sazali ni anak angkat kan. Maybe atas ihsan aje dpat. Tpi ai tak pernah baca langsung Achik Dian sentuh bab ni. Kalau pakcik Sazali ni layak dah tentunya Dian pun layak kan.
Quote asfaz 15-7-2022 02:45 PM
exclusive_vvip replied at 15-7-2022 11:46 AM
pakcik ni dulu ada je keje kan..penah baca dlm majalah, dia x malu keje sebagai tukang kutip sampah  ...

Aah kerja dengan alam flora rasanya. Berenti sebab sakit. Dia pun takde anak kan. Berdua aje dengan isteri
Quote Belibis 15-7-2022 02:57 PM
petpom:  Edited by petpom at 15-7-2022 ...

Saari amri lagi masyukkkk..ratus k setahun.
Quote jalfa 15-7-2022 03:19 PM
Biarla.mesti anak kesayangan ni sampai pramlee cipta lagu utk dia.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055884 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top