CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jumpa Je Gaduh, Jangan Guna Alasan Anak,"-Bekas Isteri Radhi OAG Tegas, Tak Nak Tarik Balik Dakwaan Pukul

14-7-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2199| Komen: 4

Enggan menarik semula tuduhan, bekas isteri kepada penyanyi Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung kes memukul dan mencederakan diri yang dilakukan oleh penyanyi itu pada April lalu.


Menurut Ayu, Radhi tidak sepatutnya memanjangkan isu ini dan cukuplah sekadar memberi kenyataan di mahkamah supaya ia boleh diselesaikan segera.


Foto: Google

"Saya tidak akan tarik semula pertuduhan dan biarlah mahkamah selesaikan kes ini.

"Lebih baik beri kenyataan sudah minta maaf. Cukuplah beri keterangan yang diminta mahkamah sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.


Pada 20 April lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri, bagaimanapun penyanyi ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, Radhi mengakui terkilan apabila isu rumah tangga mereka berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah.

Foto: Google

Justeru itu, dia merayu agar bekas isterinya itu menarik semula tuduhan dan berharap ia dapat diselesaikan secara baik demi anak-anak.

Dalam pada itu, Ayu mengakui sukar untuk mereka mencapai kata sepakat kerana sering bergaduh setiap kali berjumpa sebelum ini.

"Macam mana nak selesaikan cara baik kalau setiap kali berjumpa kami bergaduh. Bercakap di telefon pun sama juga.

"Janganlah guna alasan demi anak-anak. Lebih baik buang ego itu dan perbaiki diri untuk masa depan.

"Kalau tanya tentang memaafkan, saya tiada komen sebab tidak boleh terima apa yang dia lakukan," ujarnya.

Untuk rekod, Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Selepas bercerai, Ayu dan anaknya itu menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 14-7-2022 05:45 PM
Boleh tak aku nak ckp padan muka juga kat ngkau?
Ngkau bukan tak tau track record si pendadih ni. Bkn je pendadih, dia ni pukul jugak kan si Shazlin dulu? Naaaaaaaaaak jgk belaki dgn retis. Bataaaaaaaakkkkkkk retis. Nah, skrg rasakan.
Quote nanasno 15-7-2022 11:04 AM
dah pukul pastu nak tarik balik .sesedap rasa je. go ayu go
Quote ezacbee 15-7-2022 12:56 PM
Pukul dia balik, baru tarikbalik report.

Sukati pukul ex wife.. anak sendiri tak tau la.
Quote anony-mous 16-7-2022 03:38 AM
Senangnya alasan demi anak2. Masa ko pukul ex tu x fikir pulak dia mak pd ank2 ko??

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.123571 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top