CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Menyesal Buat Pembedahan Bariatrik, Dah Tak Boleh Makan Banyak-Banyak

14-7-2022 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14653| Komen: 99

Bebas masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, pengarah, Michael Ang menyifatkan pembedahan bariatrik yang dilakukannya lima tahun lalu sebagai antara keputusan terbaik yang dibuat untuk kesihatannya.


Namun kata Michael, adakalanya dia menyesal kerana tidak lagi boleh makan secara normal iaitu dalam kuantiti yang banyak.

Foto: IG

“Tekanan darah tinggi dah tak ada dan begitu juga dengan kolesterol yang kini sudah terkawal.

“Kalau dari sudut kesihatan, ya, mungkin ini keputusan yang baik. Tetapi secara peribadi, adakalanya saya agak menyesal kerana tak boleh lagi makan secara normal dan banyak makanan yang perlu saya elakkan.


“Saya seorang yang biasa makan banyak. Sekarang saya terpaksa makan sedikit demi sedikit,” katanya.





Dalam pada itu, Michael juga memaklumkan bahawa dia telah hilang berat badan sebanyak 54 kilogram (kg) selepas melakukan pembedahan tersebut pada 2018.

“Sebelum pembedahan berat saya mencecah sehingga 134 kg. Namun selepas kini berat saya kekal 80 kg.



“Berat badan saya turun hanya dalam beberapa bulan selepas pembedahan itu dilakukan. Sekarang ia terus kekal pada bacaan yang sama.

“Kalau naik pun hanya dalam satu atau dua kg sahaja. Sebenarnya nak kurus kena kawal pemakanan. Tetapi itulah yang paling sukar untuk dilakukan,” katanya lagi.



“Jangan lakukan semata-mata untuk cantik. Kerana anda akan lalui satu tempoh yang sukar kerana terpaksa kawal pemakanan dan amalkan banyak pantang larang.

“Kalau demi kesihatan, ya, saya sarankan. Kalau sekadar berat mencecah 80 kilogram jangan mengada-ngada nak buat. Pergilah gimnasium.


“Apa-apa pun ikut nasihat doktor. Saya ikut nasihat doktor sebelum ambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik. Saya sebelum itu tidak pernah mahu untuk melakukannya, sehinggalah kesihatan saya berada pada tahap kritikal, baru saya bersetuju,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 14-7-2022 02:00 PM
mual plk rasa lps scroll 1, 1


Quote naina 14-7-2022 02:32 PM
Tak leh makan banyak tapi kenyang tak?
Dengar kata kalau makan terlebih akan muntah balik
Quote jijilaaa 14-7-2022 02:32 PM
doakan sy 11hb depan ops sleeve..
Quote kiah_mai_pulak 14-7-2022 02:36 PM
tp tetappplahhh gemsssss jua kann
Quote SherryZass 14-7-2022 02:39 PM
itulah kot harga yg chuolls perlu bayar bila dah potong perut tu.
Quote cikatilia 14-7-2022 02:39 PM
naina replied at 14-7-2022 02:32 PM
Tak leh makan banyak tapi kenyang tak?
Dengar kata kalau makan terlebih akan muntah balik

a ah sbb mcm penuh sgt kot
berapa byk agaknya portion max dia
sedihnya idup gitu
Quote dejure 14-7-2022 03:02 PM
Doktor  kerajaan sangat tidak menggalakkan utk buat bariatrik ni..diaorang marah klu ada patient yg tanya pasal pembedahan ni..sangat berisiko dan bahaya.kecuali utk org2 yg memerlukan sahaja.
Quote mayaHD 14-7-2022 03:05 PM
skarang neh fames saxenda, cucuk ala2 insulin, effect otak jd tak lapar
Quote kucingitam 14-7-2022 03:10 PM
mayaHD replied at 14-7-2022 03:05 PM
skarang neh fames saxenda, cucuk ala2 insulin, effect otak jd tak lapar

iyer...kalau diabetic cucuk insulin tu dah kritikal...org taknak cucuk insulin, drg sibuk nak cucuk insulin...
Quote marla69 14-7-2022 03:17 PM
jijilaaa replied at 14-7-2022 02:32 PM
doakan sy 11hb depan ops sleeve..

Semoga dipermudahkan semua urusan n cepat sembuh.
Quote Mary_jane 14-7-2022 03:25 PM
Tak muntah ke makan terlampau banyak, padahal tak kerja berat pun.
Quote imrb 14-7-2022 03:39 PM
ttplh kepam sampai terpaksa filter teruk!
Quote me12345 14-7-2022 03:43 PM
Kalau gemuk mmg sesuai kot x mampu kuruskan abb health issues..ni ada yg kurus muda tapi sbb malas je nk berusaha kurus dan eat healthy..buat juga gastric sleeve etc..ngada pemalas..
Quote ezacbee 14-7-2022 03:45 PM
Terganggu tengok gigi dia... kemain filter..
Quote fly_in_d_sky 14-7-2022 03:48 PM
my aunt ada buat ... lepas operate ....
the next day dia minta husband dia beli mee mamak
habis 1 bungkus mee mamak ...
after that dia muntah darah ... and rasa sampai sekarang ada masalah
umur sekarang rasanya dah 60+
masa buat operate tu dalam 50+ kot
Quote encikWawad 14-7-2022 03:49 PM
banyak aftermath ya lepas buat potong2 ni yahhh.
perut akan sakit sokmo
sebulan mampu menom susu je
then kalau ganas ganas sangat makan
mmg akan boleh pendarahan yach
kawan i ols sampai muntah2 darah sebab makan terlebih sket je
then jumpa si kosai tu dia cakap thats common ada pendarahan
walhal kawan i macam namatey
Quote eLiaD 14-7-2022 04:00 PM
..i mcm dah start pening and then i prasan time tu i mcm nk start ngantuk..i jd ngantuk yg mcm..
mcm nk tutup mata trus..

RiP
Quote naina 14-7-2022 04:22 PM
fly_in_d_sky replied at 14-7-2022 03:48 PM
my aunt ada buat ... lepas operate ....
the next day dia minta husband dia beli mee mamak
habis 1 b ...

Kurus ke idok your aunt tu?
Itulah manusia badan besar ni biasa makan banyak and macam2. Bila kena potong tu yang rasa potong stim betholll nak menikmati hidup. So kemurungan lah jadinya tiada kepuasan dalam hidup
Quote eyansss 14-7-2022 04:51 PM
Edited by eyansss at 14-7-2022 04:59 PM
dejure: Doktor  kerajaan sangat tidak menggalakkan utk buat bariatrik ni..diaorang marah klu ada patient yg tanya pasal pembedahan ni..sangat berisiko dan bah ...

hilang nikmat dunia…  bertambah sengsara sebab kena sentiasa makan ubat, berpantang and all…

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039925 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top