CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Dan Anak 4 Tahun Dibunuh Kekasih, Mayat Dibungkus Dan Dibuang Bawah Jambatan

14-7-2022 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1454| Komen: 1

Mayat ibu dan anak dibuang di bawah jambatan Tol Semarang, Jawa Tengah sekitar Mac lalu mendapat perhatian pelbagai pihak.

Mangsa dikenali sebagai Sweetha Kusuma Gatra Subardiya dan anak kandungnya, Muhammad Faeyza Alfarisqi berusia empat tahun. 

Kumparan melaporkan, dua beranak ini mati dipercayai akibat dibunuh oleh kekasih Sweetha yang juga suami orang iaitu Dony Christiawan Eko Wahyudi. 

Mangsa yang merupakan petugas perubatan dan suspek dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober 2021.

Sweetha kemudian memberi kepercayaan kepada Dony untuk menjaga anaknya namun siapa sangka, ternyata kanak-kanak itu sebaliknya menjadi mangsa dera. 

Foto: Kumparan


Dia dikurung, tidak diberi makan dan diseksa dalam bilik sehingga mati pada 20 Februari 2022. Ketika soal siasat, Dony mengaku melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana budak tersebut nakal. 

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibuang ke bawah jambatan. Dony cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Sweetha.

Pada 7 Mac 2022, Sweetha memaksa Dony untuk berjumpa kerana dia mahu melihat keadaan anaknya.

Dony mula ketakutan dan berjanji untuk bertemu dengannya di tepi jalan sebelum membawanya ke sebuah hotel. 

Setibanya di hotel, Dony mendakwa terjumpa satu surat yang tertulis namanya dalam bahasa Arab. 

Dony menuduh Sweetha melakukan perbuatan ‘syirik’ terhadapnya. 

Sweetha yang berkali-kali bertanya mengenai keberadaan anak lelakinya itu membuatkan Dony semakin berang.

"Di bilik mandi saya terjumpa surat. Saya tanya, kenapa ada rajah tulisan Arab ada nama  saya. Dia kemudian jawab ‘bukan, aku tidak pernah musrik’. 

Namun siapa sangka, pertemuan itu berakhir apabila Sweetha dibunuh di hotel.

Mangsa dikatakan cuba melawan saat lehernya dicekik namun tidak berjaya. Suspek kemudian mengambil tudung dan melilit leher mangsa.

"Selepas memasukan jasad ke dalam kereta, saya sempat naik ke bilik untuk makan telur."

Mayat Sweetha disumbat dalam sarung dengan kakinya diikat sebelum dicampak ke lokasi yang sama dengan mayat Muhammad Faeyzadi buang. 

Pada awalnya, Dony cuba mengaburi pihak polis dengan membuat laporan palsu mengenai kehilangan Sweetha dan anak lelakinya namun percubaannya itu tidak berjaya. 

Dony kemudian ditahan pihak polis dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara hingga 15 tahun atau seumur hidup. 

Hasil siasatan mendapati, Dony dipercayai berbuat demikian kerana cemburu melihat Sweetha yang melambai terhadap seorang lelaki lain ketika mereka bertemu di Semarang. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 14-7-2022 10:57 AM
asyik up berita indon je la TT ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038571 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top