CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Banyak Suapan Baru Nampak Ulat Berenang Dalam Laksa, Muntah Terus!

14-7-2022 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5018| Komen: 61

Suapan penuh penyesalan.

Begitulah kisah malang seorang wanita apabila menemui seekor ulat hidup dalam semangkuk laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kajang, Selangor.


Menurut pengadu yang dikenali sebagai Lya Dhanea, dia yang loya melihat haiwan itu turut muntah sebelum bertindak membuang hidangan tersebut ke dalam tong sampah.


Foto: Tiktok


"Kejadian tu pada 7 Julai lalu. Saya buat tempahan menerusi aplikasi Shopee Food dalam jam 5 petang.

"Selepas balik kerja, saya makan laksa itu selepas waktu Maghrib. Selepas makan dua tiga suap, saya baru perasan ada seekor ulat sedang bergerak.


"Saya rasa mungkin ulat tu datang dari sayur yang digunakan. Ia masih hidup dan bergerak. Selepas muntah, saya buang laksa itu serta satu lagi hidangan lain yang dibeli dari kedai sama," ujarnya.

Menurut Dhanea yang menetap di Kajang, dia ada membuat aduan mengenai kejadian berkenaan namun masih belum menerima respons daripada kedai makan tersebut yang popular dengan hidangan laksa sehingga ke hari ini.



Tambah eksekutif berusia 26 tahun itu, dia masih berharap vendor berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku memandangkan isu kebersihan makanan bukanlah perkara yang wajar dipandang remeh.

"Saya selalu beli laksa di kedai ini. Memang favourite saya. Pada hari kejadian, saya ada report melalui Shopee Food. Tapi masih belum ada respons dari side mereka. Saya terkilan sebab kedai itu kegemaran saya.

"Harapan saya agar mereka clarify dengan saya dan siasat francais mereka yang terlibat. Saya tak harapkan refund cuma mahu mereka tingkatkan kualiti serta kebersihan.

"Buat masa ini saya akan berhenti beli laksa dari kedai itu. Saya harap kes ini dapat beri kesedaran kepada vendor lain juga. Risau boleh kena penyakit kalau kualiti makanan teruk," ujarnya.

Mengulas perkongsian video yang kini tular di TikTok, Dhanea berkata beberapa individu turut berkongsi pengalaman kurang baik dengan kedai yang sama.

Namun, ada segelintir individu turut meragui perkongsian tersebut kerana pelik melihat ulat yang masih hidup di dalam kuah laksa yang panas.

"Saya terkejut bila viral. Saya kongsi video untuk create awareness. Ia melibatkan hal kesihatan, kalau pelanggan jatuh sakit, banyak kesannya nanti.

"Saya tertanya-tanya, kenapa saya yang kena. Tapi tak apa, saya terima apa yang berlaku sebagai takdir. Saya akan berhenti beli laksa dari kedai tu.

"Ada netizen yang komen mengenai kualiti kurang memuaskan kedai tu. Ada juga yang cakap saya nak sabotaj. Saya tak ada niat nak jatuhkan sesiapa. Saya tak ada masa nak ambil ulat sampah dan letak dalam makanan.

"Saya bukanlah instafamous. Jadi saya enggan layan sebarang komen negatif sebab mereka tak ada di tempat saya. Saya cuma nak tegakkan kebenaran," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 14-7-2022 10:16 AM
Dlaksa ni bukan pemes ke dlm shopping mall selalu ada tu kan?
Aku tak minat jenis penang asam laksa camtu, sbb ada ketulan ikan sardin pastu kuah dia mcm  jenis tumis ala2 kuah asam pedas ada minyak berlinang.
Aku suka jenis laksa kedah kuah warna pucat tu, jenis rebus didih je semua takde tumis2.
Quote rosedemon 14-7-2022 10:18 AM
telan jela bukan mati pon dekkk kihkih
Quote pearl.silver 14-7-2022 10:20 AM
Pg ni  husband bli nasi lemak bungkus, mkn kt umh tinggal sejemput last iols nmpk benda lain dkt kcg goreng dia.. lipas kecik tu weii..
seb baik laki i asingkn kacang2 tu dia xmkn.
Quote hotmak 14-7-2022 10:25 AM
ulat sampah ke tu, naik masuk periuk kuah? eeeiii mmg taubat lah dia ni nak mkn laksa lg
Quote Ladyfreecare 14-7-2022 10:26 AM
Shayang replied at 14-7-2022 02:16 AM
Dlaksa ni bukan pemes ke dlm shopping mall selalu ada tu kan?
Aku tak minat jenis penang asam laksa  ...

Sama la kita
Quote cmf_almondpecan 14-7-2022 10:28 AM
Shayang replied at 14-7-2022 10:16 AM
Dlaksa ni bukan pemes ke dlm shopping mall selalu ada tu kan?
Aku tak minat jenis penang asam laksa  ...

Suka laksa utara juga. Tak gemar asam laksa penang ni. Personal preference. Jangan marah ya orang penang.

Quote JulietTheOrange 14-7-2022 10:30 AM
xsedap lgsg dlaksa nie nape rmai yg suke.. pastu manis lak tu
Quote dekmieDandy 14-7-2022 10:33 AM
alamak, aku suka jugak makan d'laksa ni

especially hari yang takda selera sikit

sebab kuah dia masam-masam gitu

Quote mclaren 14-7-2022 10:40 AM
Shayang: Dlaksa ni bukan pemes ke dlm s ...


Assam laksa ni laksa versi peranakan cina baba nyonya. Memang rasa dia macam masam manis dan ada ketul2 sardin. Malaysia kan banyak versi laksa ikut negeri dan culture.

Ai pun tak suka assam laksa ni. Selain tu tak suka juga laksa sarawak dan laksa johor. No shades against those, cuma tekak saya tak prefer, lain orang lain kesukaan.

NB:   assam laksa tak sama dengan nyonya curry laksa, walaupun dari culture yang sama. Nyonya curry laksa saya suka sangat.
Quote mclaren 14-7-2022 10:41 AM
JulietTheOrange replied at 14-7-2022 10:30 AM
xsedap lgsg dlaksa nie nape rmai yg suke.. pastu manis lak tu

Assam laksa peranakan memang manis.
Quote encikWawad 14-7-2022 11:10 AM
JulietTheOrange replied at 14-7-2022 10:30 AM
xsedap lgsg dlaksa nie nape rmai yg suke.. pastu manis lak tu

ejekliiiiiii i kenot brain kuah dia. masam pedas manissssss kuat gila
tak balance lansung. tak paham la ramai beratur.
macam pengat tapi pedas. erhhhkkh
Quote anony-mous 14-7-2022 11:12 AM
Edited by anony-mous at 14-7-2022 11:13 AM

Tgk warna kuah tu pon dah boleh agk kedai mana. Mcm mana la org boleh suka asam laksa kedai ni? Manis leting. I yg penggemar manis pon xboleh telan laksa dia. Asam laksa lain x ada la manis nk mampos mcm ni
Quote Atata 14-7-2022 11:14 AM
Kalau bkn ulat sayur2 tu, maybe telur beranak kat mee laksa tu. Even kuah dia takda telur lalat, tp mee tu kan sejuk je, maybe terbiar, lalat sempt berak. Yucks
Quote dua_chzy 14-7-2022 11:17 AM
Punya la haibat ulat tu, boleh tahan hidup dalam kuah laksa. Kuah laksa ko tak mendidih ke nok masa disiram atas mi?
Quote ezacbee 14-7-2022 11:18 AM
Sekali je aku beli dlaksa sbb nak rasa je. Bau kuah je menarik, bila makan memang sekali tu jelah. Last2 tutup dah. Memang kureng le tu.
Quote Firenzza 14-7-2022 11:24 AM
No pork no lard tersenyum sinis
Quote umbut 14-7-2022 11:24 AM
Kat mana dia mention nama dlaksa. Tapi dlaksa tu dari jauh bau kemain sedap, dah beli.. Eewww tak kena ngan tekak... Cam bau hanyir
Quote prettyuglybabe 14-7-2022 11:35 AM
dua_chzy replied at 14-7-2022 11:17 AM
Punya la haibat ulat tu, boleh tahan hidup dalam kuah laksa. Kuah laksa ko tak mendidih ke nok masa  ...

beli pkl 5, makan pukul 7..
jenis makan tak panaskan dulu kot..
balik rumah tuang kuah terus makan..
tengok bekas pun tak salin tu..
kalau orang rajin, panaskan kuah bekas pun bertukar mangkuk kaca
Quote dua_chzy 14-7-2022 11:44 AM
prettyuglybabe replied at 14-7-2022 03:35 AM
beli pkl 5, makan pukul 7..
jenis makan tak panaskan dulu kot..
balik rumah tuang kuah terus makan ...

Ntah. Tu la sebab kedai ni tamau respon kot? Musykil ai ya macamana ulat tu boleh bergerak2 dalam kuah laksa dia. Idok la ai pernah jumpa situasi begini. Kalau ulat sayur dah mati tu selalu la jumpa. Jika disiasat ntah2 kedai tak salah ni...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070195 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top