CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Menantu Saya," - Ibu Syamsul Yusof Kongsi Gambar Dengan Puteri Sarah, Caption 'Makan Dalam'

14-7-2022 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18181| Komen: 172|Original author: Tatod

Sumber IG


Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya yang juga seorang pengarah, Syamsul Yusof masih belum berkesudahan namun masalah itu sama sekali tidak menjejaskan hubungan baik antara aktres itu dengan ibu mentuanya.

Menerusi hantaran baharu di Instagram Datin Fatimah Ismail, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam itu memuat naik sekeping gambarnya sedang meluangkan masa makan bersama Puteri Sarah.

"Lunch bersama menantu saya, isteri Shamsul Yusof. Alhamdulillah," tulisnya ringkas.


Sementara itu, di ruangan komen Puteri Sarah turut membalas hantaran berkenaan meluahkan rasa sayangnya kepada ibu mentuanya itu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata memuji hubungan menantu dan mentua masih baik walaupun rumah tangga Puteri Sarah dilanda badai.


Tidak kurang juga ada yang beranggapan keterangan gambar yang ditulis oleh Fatimah secara tidak langsung ditujukan kepada individu yang merosakkan keharmonian rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul.

Warga maya turut meluahkan rasa lega dan gembira kerana Puteri Sarah mendapat sokongan moral daripada keluarga mentuanya.




Terdahulu, Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang Ira Kazar, yang mengganggu rumah tangga dan kehidupannya selama ini. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 14-7-2022 11:18 AM
kdg2 susah nk jangka... mcm kes jering ngn kuda.. anak da suka mak mengalah jua
Quote edoraixora 14-7-2022 11:44 AM
berapa orang anak tokyusuf ni
shamsul sulung kan
Quote brunesss 14-7-2022 12:05 PM
shida81 replied at 14-7-2022 11:18 AM
kdg2 susah nk jangka... mcm kes jering ngn kuda.. anak da suka mak mengalah jua

tu jenis mak mentua keparat siap ikut subahat sembunyi anak dia kawin.. aku rasa datin ni jenis mertua yang ada hati. baguslah kalau si birah kazar tu nak juga masuk keluarga ni biar dia fikir 2 kali since semua family member SOL benci kat dia. birah dan PS no contest di mata keluarga SOL okehh
Quote ezacbee 14-7-2022 12:09 PM
Gambar atas tu muka PS cam bini sohai.

Memanglah menantu, tapi klo anak datin nak kawen IK gak datin terpaksa merestuilah. Memang tak boleh nak elak. Terimalah seadanya.
Quote ezacbee 14-7-2022 12:11 PM
edoraixora replied at 14-7-2022 11:44 AM
berapa orang anak tokyusuf ni
shamsul sulung kan

Anak tok usop ada 3 orang Syamsul, Syafiq, Syamin. Yg belah kanan tu anak datin.
Quote SANKURIANG 14-7-2022 12:17 PM
ezacbee replied at 14-7-2022 12:11 PM
Anak tok usop ada 3 orang Syamsul, Syafiq, Syamin. Yg belah kanan tu anak datin.

Anak Datin? Anak Datuk gak la kan?????
Quote ezacbee 14-7-2022 12:20 PM
SANKURIANG replied at 14-7-2022 12:17 PM
Anak Datin? Anak Datuk gak la kan?????

Anak datin perkahwinan dulu. Anak tiri tok usop.
Quote epal_putih 14-7-2022 12:22 PM
Sol ooo Sol
dengar tuh
Quote armin 14-7-2022 12:24 PM
Ps kena belajar jadi macam ND. Sampai sekarang ex mertua sayang sampai bercerai berai la dgn bini baru tu. Punyala sayang kat ND. Pandai betul ND amik hati orang tua. PS ni pun nampak mertua memang sayang. Dah boleh pi berguru dengan ND untuk langkah seterusnya
Quote grosouraus 14-7-2022 12:53 PM
Datin ni faham perasaan Puteri Sarah sbb tak silap dulu dato yusof haslam pun pernah Ada gossip dgn perempuan lain..datin merajuk bawak diri pegi belajar pondok...kalau salah cerita ni mintak ampun...tapi mak ayah mentua yg baik mana nak tgk anak menantu dia bercerai...lagi2 menantu dia baik di mata dan bagi dia cucu..tapi satu Hari nanti dia akan sebelahkan anak dia jugak...yer lah mak ayah kan...
Quote encikWawad 14-7-2022 12:53 PM
buang emak buang saudara dah termakan santau degawan hihi
Quote mizruncing 14-7-2022 12:56 PM
suka plak tgk pic raya tu. aman2 je sol ngan ps.. nampak loving btol. tak sangka gini akhirnyaa diuji
Quote jiwakacau06 14-7-2022 12:57 PM
grosouraus replied at 14-7-2022 12:53 PM
Datin ni faham perasaan Puteri Sarah sbb tak silap dulu dato yusof haslam pun pernah Ada gossip dgn  ...

tp mak jejai tak...bercerai jgk fs dgn ank dia walaupun ada 2 ank ..mak mntua jering pn lama xnmpak di ig jering ..
Quote Suchi 14-7-2022 01:01 PM
Gambar ramai2 tu depan tu anak2 Faizal ke? Besar2 dah anak dia yela dia pun dah 40 lebih. Kira Syamin jela blm kawen lagi ya, adik dia Syafiq langkah bendul kawen dulu.
Quote msdummy.2018 14-7-2022 01:05 PM
shida81 replied at 14-7-2022 11:18 AM
kdg2 susah nk jangka... mcm kes jering ngn kuda.. anak da suka mak mengalah jua

Aku petik komen dr benangv cyst dpt cucu...kita kena belajar untuk hidup bersama dgn pasangan ank kita demi kesejahteraan kuarga

Mcmnmana busuk pun ank ko, ko ttap akan menangkan ank ko hjg sb tuh drh daging ko...cuma jgnlag ko lupa jasa baik ex menantu tuh (kecuali menantu neraka, tug wajarlah ko cerca 7 dekad)
Quote makcun14 14-7-2022 01:09 PM
Laki kalau nak berskandal , nak tambah bini tak perlu izin mak pun
Tapiii....
Tengok la apa jadi kat pasha sendat dan Jj.
Quote Suchi 14-7-2022 01:20 PM
armin replied at 14-7-2022 12:24 PM
Ps kena belajar jadi macam ND. Sampai sekarang ex mertua sayang sampai bercerai berai la dgn bini ba ...

Mana2 mak mertua dia suka menantu yg dengar kata,senang kira, tidak melebih2 dan sentiasa merendah diri hormat dia sbg wanita no 1.
Jgn kata mertua, kita semua pun selesa dgn orang camtu.
Ajak g mana2 ikut je, mil kata nak minta cucu bermalam or nak bawak g mana2  bagi je tanpa banyak songeh.
Apa saja masakan mil kita suka makan dan selalu puji masakan dia, tak perlu nak kritik2 cara dia masak ke apa dan opkos tak perlulah nk menunjuk2 mcm ko lebih terer memasak berbanding dia lelagi bila kat dapur dia.

Quote virgo19 14-7-2022 01:30 PM
Aku rasa betina mcm ira kaza tu tak kisah pun mertua tak sayang dia. Yg penting dia dapat sol dan reta berjuta. Lagi best kot dia tak payah nak balik umah mertua ambik hati bagai.
Quote babelina 14-7-2022 02:16 PM
Alhamdulillah MIL baik..rezki putri sarah.. cuma ujiannya pada perkhawinan pula..
moga semua akn menjadi baik semula.. kdg xtaw apa yg manusia nk.. ada isteri, ank2, kekayaan.. apa lg yg x ckup..hmmmm

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060048 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top