CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daripada Watak Pegang Bunga Manggar Sehingga Pengarah Box, Yusof Haslam Bangga Dengan Syamsul

13-7-2022 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4323| Komen: 25

Siapa sangka bermula dengan watak kecil sebagai kanak-kanak pemegang bunga manggar dalam filem Maria Mariana pada 1996, pengarah box-office, Syamsul Yusof menunjukkan minat dalam dunia perfileman.


Bangga dengan kejayaannya, penerbit dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam menyifatkan anak lelakinya itu sebagai seorang yang memiliki imaginasi tinggi selain faham dengan selera penonton.

Justeru kata Yusof, tidak hairan filem terbarunya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan iaitu mencecah RM71 juta dalam tempoh hanya tiga minggu ia ditayangkan.


Foto: IG


"Sejak kecil lagi Syamsul sudah didedahkan dengan cara kerja pembikinan filem. Dia banyak ikut saya ke lokasi penggambaran suatu masa dahulu.

"Syamsul seorang yang bijak bermain dengan imaginasi dan dia dapat tangkap apa kehendak penonton. Selain itu, kreativitinya juga berbeza dan dia telah membuktikan dalam filem-filem arahannya.

"Meskipun dia tidak bekerja di bawah syarikat produksi saya, tetapi syabas saya ucapkan dan Syamsul telah melakukan kerja dengan ikhlas dan cemerlang," katanya kepada mStar.



Filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Ali Karimi, Khir Rahman, Wan Hanafi-Su dan Yayan Ruhian.

Syamsul sebelum ini juga pernah menghasilkan filem-filem box-office seperti Munafik 2 dengan kutipan RM37 juta, Munafik (RM17 juta) dan KL Gangster (RM11 juta).

Sebagai seorang berpengalaman dalam pembikinan filem, Yusof berkata, dia juga tidak pernah jemu memberi nasihat kepada Syamsul meskipun ada ketikanya berlaku perselisihan faham di antara mereka.



Yusof berkata, dia berharap anak kesayangannya itu terus merendah diri meskipun sudah dikenali sebagai pengarah tersohor selain menghasilkan lebih banyak filem bermutu pada masa akan datang.

"Saya sentiasa pantau hasil kerjanya. Perselisihan faham itu bagus kerana kita boleh bertukar-tukar pendapat. Sebagai orang lama, saya amat mementingkan sensitiviti dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Syamsul telah membuka satu lembaran baru dalam industri perfileman tempatan dan selepas ini biarlah dia teruskan legasi Skop Production bersama adiknya, Syafiq Yusof.



"Saya harap semoga Syamsul terus merendah diri. Segala yang berlaku adalah izin Allah dan jika ada yang mengkritik, biarlah. Sambutan penonton telah membuktikan bahawa mereka menghargai karyanya," katanya yang turut kagum dengan pencapaian ditunjukkan Studio Kembara.

Bukan itu sahaja, dia juga amat berbesar hati dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) atas sokongan yang diberikan. -CARI


Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 13-7-2022 09:05 PM
Tolong siapkan iols clip Solsol bawak Bunga manggar please
Quote aemon 13-7-2022 09:18 PM
Maria mariana 2 la.masa mek jena kawin dgn danish nor.
Quote makcun14 13-7-2022 10:12 PM
Kan dah kata . Memang anak emas kesayangan tok usop
Quote Tunan 13-7-2022 10:13 PM
Edited by Tunan at 13-7-2022 10:16 PM
makcun14 replied at 13-7-2022 10:12 PM
Kan dah kata . Memang anak emas kesayangan tok usop


Dlm BTS Mat Kilau tu mcm banyak kali je YH turun set pastu peluk2 anak dia..

I tgk live YT Afdlin Shauki dgn si Sol
Sol cerita dr kecik sampai besar mcm mana ayah dia treat dia

I syak Sol ni sbnrnya jenis anak yg mendengar kata..
Quote eyansss 14-7-2022 04:03 AM
Tunan replied at 13-7-2022 10:13 PM
Dlm BTS Mat Kilau tu mcm banyak kali je YH turun set pastu peluk2 anak dia..

I tgk live YT Afdlin ...

tapi kenapa tang bini n skendel dia tetiba dia tak mendengar kata pulak...  rebel?  hahaha...

tapi untuk seorang yang pak dah sedia kaya, ada banyak resources, support and all, aku macam tak berapa kagum dengan kejayaan dia...  kalau pak dia yes, sebab start from zero...
Quote makcun14 14-7-2022 05:38 AM
eyansss replied at 14-7-2022 04:03 AM
tapi kenapa tang bini n skendel dia tetiba dia tak mendengar kata pulak...  rebel?  hahaha...

tap ...

Kan. Pakai kable.
Quote Suchi 14-7-2022 09:27 AM
eyansss replied at 14-7-2022 04:03 AM
tapi kenapa tang bini n skendel dia tetiba dia tak mendengar kata pulak...  rebel?  hahaha...

tap ...

Betui,pak dia asalnya konduktor bas, lagi satu pak dia bermula dgn berlakon dan boleh dikatakan tok sop berlakon jauh lebih baik berbanding anak dia sendiri.
Watak2 jahat lelaki boye darat sebati dgn diri dia.

Btw kalau definisi berjaya tu sbb pilem meletop, david teo dulu pun dikira berjaya sbb pilem dia dulu semua pecah panggung.
Quote mizruncing 14-7-2022 10:14 AM
rezeki semua tu.. naseb la citer best. jgn lupa berkat doa isteri. kang si penyondol plak yg bangga
Quote eyansss 14-7-2022 10:27 AM

tu la...   cakap berdegar puji melambung padahal connection and networking kuat (selain dari pak kaya in the same industry)...
Quote eyansss 14-7-2022 10:28 AM
Suchi replied at 14-7-2022 09:27 AM
Betui,pak dia asalnya konduktor bas, lagi satu pak dia bermula dgn berlakon dan boleh dikatakan to ...

sebab tu aku gelak aje kalau orang dari keluarga bercakap pasal kejayaan dan kekayaan...  born in silver spoon pastu acah2 went thru a hell sampai la kejayaan tiba...
Quote kucingitam 14-7-2022 11:57 AM
tok sop is my childhood crush sejak filem sikit punya gila
Quote supernaturalee 14-7-2022 03:13 PM
Suchi replied at 14-7-2022 09:27 AM
Betui,pak dia asalnya konduktor bas, lagi satu pak dia bermula dgn berlakon dan boleh dikatakan to ...

kelmarin tgk tok sop dlm driving schoolmmmmm hensem yakmat
tp shirtless x rembes lh pulok
Quote ezacbee 14-7-2022 03:56 PM
Muka tok usop masa filem cinta dan lagu xboleh blah. Dengan rambut ala hero cite bobby..

Oh Mamma Mia.. kata ketua mafia filem mekanik
Quote Suchi 14-7-2022 06:45 PM
eyansss replied at 14-7-2022 10:28 AM
sebab tu aku gelak aje kalau orang dari keluarga bercakap pasal kejayaan dan kekayaan...  born in  ...

Kan.. tak rasa kagum pun bila anak2 ongkaye ni kononnya berjaya itu ini sah2 laluan dia begitu mudah sejak drpd awal.
Dia cuma menyambung legasi jaaa..
Esok2 kalau kuar cite penah tinggal rm10 je kat tgn ke apa, tak koser nak berasa sedih sedan mengada2 sangat aihhh
Quote Suchi 14-7-2022 06:48 PM
supernaturalee replied at 14-7-2022 03:13 PM
kelmarin tgk tok sop dlm driving schoolmmmmm hensem yakmat
tp shirtless x rembes lh pulok

Dia masa muda serupa paki jual karpet

Mmg keturunan paki pun kan tp nama dia takde khan pun
Quote datinmarissa 15-7-2022 08:51 AM
Suchi replied at 14-7-2022 06:48 PM
Dia masa muda serupa paki jual karpet

Mmg keturunan paki pun kan tp nama dia takde khan pun

mana ada. jauh beza.
Quote shernazz 15-7-2022 09:18 AM
Iols trringat skrip dalam filem yang bini dia hilang pastu kawen dgn adek ipar dia tu..
"Jangan jadi bodoh sayang" pada anaknya..
Quote AshkieLa 15-7-2022 09:19 AM
Suchi replied at 14-7-2022 06:48 PM
Dia masa muda serupa paki jual karpet

Mmg keturunan paki pun kan tp nama dia takde khan pun

teringat lak kat anak buah YH
yang jadi laki kaka ratu dalam Sembilu 2 dulu tu..
mcm iras rupa bapak bilal pensyarah shoplot lak...
belakon kejung...
Quote eyansss 15-7-2022 09:53 AM
Suchi replied at 14-7-2022 06:45 PM
Kan.. tak rasa kagum pun bila anak2 ongkaye ni kononnya berjaya itu ini sah2 laluan dia begitu mud ...

hahahaha...  takleh lupa cerita sedih anak tiri toktok tu... ekekeke...  penipu besau...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.103503 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top