CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Video Siti Nurhaliza Dakwa Bertemu Lailatul Qadar Dan Nampak Malaikat

13-7-2022 06:38 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20839| Komen: 177|Original author: Saiful

Baru-baru ini di laman Facebook tular video memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendakwa melihat sesuatu yang luar biasa di langit sewaktu berada di tanah suci Mekah. 


Difahamkan ianya video lama memaparkan pendedahan Siti Nurhaliza dalam sebuah rancangan televisyen di TV AlHijrah yang dihoskan ustaz Don Daniyal namun dikongsikan semula oleh pengguna Facebook.

Siti berkongsi cerita kepada ustaz Don bahawa dia berdoa pada Allah SWT di tanah suci agar ditunjukkan Lailatul Qadar dan juga malaikat. 


Foto: FB

Dakwanya hajat tersebut dimakbulkan Tuhan.


“Sampai malam ke-27 ketika itu. Sewaktu saya baru saja selesai tawaf sunat juga. Saya balik ke hotel, ketika itu kan doa qunut dibacakan dalam pukul 3 pagi.

"Waktu doa yang panjang tu lah kebetulan saya balik ke hotel, berehat sekejap dan terus ke satu tempat tu di tempat yang terbuka dan tempat tinggi.

"Saya dan juga suami. Sebab hati saya terlalu kuat cakap. Saya ajak suami ‘jom kita duduk kat balkoni yang terbuka ni’ dan dia boleh menghadap Kaabah jelas dan persekitaran Kaabah pun saya boleh nampak.


Loading FB Post...

"Dan di langit pun kita boleh nampak juga. So di situlah bila doa qunut yang dibacakan oleh imam, di saat doa-doa yang terakhir tu semuanya menangis, amin dalam hati.

"Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.” 

Mendengar pengalaman yang dikongsikan, ramai netizen yang memberikan pelbagai reaksi.



“Terima kasih. Semoga yang dikongsikan beri kesedaran kepada yang kurang sedar. Elok lah apa yang di lihat tu tak di sebut.”

“Saya ni tak pandai.. Macam mana rupa malaikat dan macam mana dia comfirm itu malaikat.. Sekadar nak tahu.”

“Ingat senang nak jumpa Lailatul Qadar. Kalau betul dia dah stop semua aktiviti duniawi.”


“Terus-terang aku tak percaya dengan cerita-cerita gini oleh orang-orang yang macam ni. Bukan nak kata Siti tak baik tapi faham-faham sendiri sudah.”

“Entah lah.. Nak percaya ke tidak apa yang dia ni cakap. Bukan senang nak jumpa Lailatul Qadar/malaikat. Wallahualam.”

“Alhamdulillah.. Semoga kita juga bertemu malam Lailatulqadar.” 

“Allah memberi kepada siapa yang dia kehendaki.. Indahnya pengalaman Tokti.. Allah dekat dengan hambaNya.”


“Sedangkan nabi pun rasa takut gementar sampai pucat lesi wajah baginda pertama kali jumpa malaikat Jibrail di Gua Hira.”

“Fenomena Siti diragui. Perkara ghaib hak milik yang Maha Esa.” 

Sama ada kisah yang dikongsikan penyanyi ini benar atau tidak, hanya dia dan juga Allah SWT yang mengetahuinya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 13-7-2022 06:47 PM
Kalau dah jumpa lailatul kadar...dah Tak perlu buat concert. Menyanyi melalak depan org. Simpisiti pun cam nak bungkos....


Psst manakkk...oh manaakkkk
Quote kotakominami 13-7-2022 06:54 PM
Nampak muka bakal madu mungkin?
Quote pencintaABC 13-7-2022 07:12 PM
Hidayah tu boleh jadi milik sesiapa. Bukan semestinya orang alim ulamak je.
Quote Nham22 13-7-2022 07:15 PM
Untungla jumpe lailatul qadr.... Untung.....untung..... Nexttttttttt...
Zizang semang tolongla jgn gunekan agama tuk dptkan frame....jilake betol la puak depa ni
Quote redz85 13-7-2022 07:20 PM
kalau dia yang bercakap, sepatah haram aku tak percaya
Quote hzln 13-7-2022 07:23 PM
Makin tinggi level sesorang anak murud jijang semang tu, maka level terpaling tu makin mendesup secara eksponensial uols
Quote rosevelvet 13-7-2022 07:24 PM
MatDeghem replied at 13-7-2022 06:47 PM
Kalau dah jumpa lailatul kadar...dah Tak perlu buat concert. Menyanyi melalak depan org. Simpisiti p ...

Allah dh bg nmpk pun, masih lg nk nyanyi, joget, melalak, pkai tudung senteng nmpk bentuk dada. Apa yg ko dustakan ct oiii??? Ustaz wan sohor ada ckp. Kalau boleh jgn mintak jumpa (tgk) lailatulqadar. Doa jer kita dikurniakan peluang n kekuatan utk beribadat di mlm al qadr. Kerana dibimbangi sekiranya Allah dh bg nmpk tanda mlm al qadr pun kita masih tidak beriman dgn suruhan Allah.
Quote nolya 13-7-2022 07:25 PM
Adakah DSCT cakap dia sudah nampak malaikat, specifically malaikat?
Quote nolya 13-7-2022 07:25 PM
Adakah DSCT cakap dia sudah nampak malaikat, specifically malaikat?
Quote SANKURIANG 13-7-2022 07:26 PM
Jumpa lailatul qadar? Tak kan la nak nipooo kan......betul la tu.....tapi aku heran lak....boleh lak ke London...tengok konsert si Adele.....ni tahun bila punya umrah tu? Tahun ni dia pegi tidak ditemani TokK kan....
CT pun.....kalau betul la..alhamdullilah...tapi ni bukan boleh kita share..sebab tu spiritual, iman tu..dalam diri kita....sekian tima kaceh..dari ustajah jadian
Quote wickedwisdom 13-7-2022 07:27 PM
Krik kriknya anak murid zizan semang
Quote sleepandream 13-7-2022 07:31 PM
takpo la sheols dapat apa yg sheols nak...
sedangkan iols usahkan malaikat... hantu setan pun iols tak penah dibuka hijab melihat makhluk tuhan itoh
Quote Denco 13-7-2022 07:32 PM
rosevelvet replied at 13-7-2022 07:24 PM
Allah dh bg nmpk pun, masih lg nk nyanyi, joget, melalak, pkai tudung senteng nmpk bentuk dada. Ap ...

Aku pn dengar utz wan sohor ckp hari tu..jgn la nak kalut cari lailatulqadar tu bila dan mlm ape. Yg penting 10 mlm akhir x tinggal, insyaallah lailatulqadar yg jmpa kita.. itu lg bermakna kan
Quote Kitty_catz 13-7-2022 07:37 PM
ni harus jijan janjan suh buat citer2 gini kan kan kannn ?
Quote toynme 13-7-2022 07:38 PM
MatDeghem replied at 13-7-2022 06:47 PM
Kalau dah jumpa lailatul kadar...dah Tak perlu buat concert. Menyanyi melalak depan org. Simpisiti p ...

mak iols kata kalau jumpa jgn cite dgn org....mak sendiri pun xnak cerita kat anaknya
Quote Nenasketum 13-7-2022 07:48 PM
So dah setarap dengan wali lah ni? Kesahnya! Yang menari melalak kat umum tu kira mimpi tu tak berkesan la kan
Quote rosevelvet 13-7-2022 07:51 PM
SANKURIANG replied at 13-7-2022 07:26 PM
Jumpa lailatul qadar? Tak kan la nak nipooo kan......betul la tu.....tapi aku heran lak....boleh lak ...

Mungkin umrah sejurus konsert adele. Dan skrg tokti insaf n bsara dr dunia hiburan. Laghooo
Quote Parit.Hilton 13-7-2022 07:52 PM
maka tamatlah riwayat penyanyi bernama Siti Nurhaliza dalam hidup aku.

sekian.


Quote dudaberhias 13-7-2022 07:52 PM
ada nak bawak keluar produk baru ke?

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.253878 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top