CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Keluar Nak Ambil Barang, Anak Dua Tahun Terkunci Dalam Kereta

13-7-2022 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1502| Komen: 19

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda ketika ibunya keluar mengambil barang di Taman Kesidang, Bachang, di sini, hari ini. 


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.34 pagi dan sepasukan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi. 

Foto: Kosmo

“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki telah terkunci di dalam kereta jenis Honda dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan. 


“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada penjaganya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang. 

“Selepas keluar, kereta itu secara tiba-tiba terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap. 

“Kes sebegini kerap berlaku dan kita meminta agar para penjaga lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan anak masing-masing seorang diri di dalam kereta,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-7-2022 01:52 PM
bengap punya mak
Quote Samerosie 13-7-2022 01:56 PM

haha karang ada forumers marah cakap mak dia bengap.  
Quote prettyuglybabe 13-7-2022 02:05 PM
gadai otak beli H ke tu..
Quote star_karat 13-7-2022 03:07 PM
Keta yang salah. Tak kan nak pikul budak keluar harta benda dari keta kalau nak ambik barang kat luar tak sampai 2 meter. Keta locking system rosak. Hempas pintu jer terus lock.
Quote mejaputih 13-7-2022 03:12 PM
star_karat replied at 13-7-2022 03:07 PM
Keta yang salah. Tak kan nak pikul budak keluar harta benda dari keta kalau nak ambik barang kat lua ...

betul, iols penah jadi camni...kuar sat kat parking pun nk amik barang kat boot belakang, anak ada dlm car seat (silap iols tak turunkan sikit cermin kete)...bila tutup je boot belakang terus dia lock kete tu ..adeh...
Quote Thunderclouds 13-7-2022 03:22 PM
Brapa ramai porumer dlm ni irl 2x5 mcm org ni?? Mana nk mngaku kan? Suma suci murni aku slalu jd mcm ni cuma mmg slalu beringat bkk tingkap senang nk bkk lock blk
Quote ainonymous 13-7-2022 04:03 PM
star_karat replied at 13-7-2022 03:07 PM
Keta yang salah. Tak kan nak pikul budak keluar harta benda dari keta kalau nak ambik barang kat lua ...

haaa kann aku kadang2 seram kalau nak gi boot belakang. takkan nak hangkut budak pastu bukak boot pastu letak balik.
Quote mejaputih 13-7-2022 04:17 PM
Thunderclouds replied at 13-7-2022 03:22 PM
Brapa ramai porumer dlm ni irl 2x5 mcm org ni?? Mana nk mngaku kan? Suma suci murni aku slalu jd m ...

iols sempat mengaku kat atas
Quote ally9970 13-7-2022 04:25 PM
Bongok punya mak... nak pakai keta H tp safety futures keta pun tak reti, otak kancil
Quote Skuau 13-7-2022 04:30 PM
forumer A:salah mak.
forumer B:salah keta@Masalah teknikal
Aku            :
Quote KamikuP 13-7-2022 04:44 PM
Salah mak yg bengap sbb bifoti teringin kereta jenama H
Quote che-cikL 13-7-2022 04:49 PM
Hah tepok!
Quote Samerosie 13-7-2022 04:56 PM
Thunderclouds replied at 13-7-2022 03:22 PM
Brapa ramai porumer dlm ni irl 2x5 mcm org ni?? Mana nk mngaku kan? Suma suci murni aku slalu jd m ...

Hehehe so far alhamdulillah tak pernah sebab selalu matikan enjin bawa kunci sekali.  Sekarang anak dah 7 tahun lagi le tak boleh tinggal dalam kereta dgn running engine, dia try drive siap pijak minyak.  Last month, tengah bayar kat cashir speedmart tiba2 dengar kereta mengaum depan entrance tu.  Dari dalam kedai, perempuan india ni dia berlari ke luar, rupanya dia tinggalkan 2 orang anak dia yg kecil lagi dalam kereta dengan enjin still on, dua2 ekor tu berebut la siapa boleh bawak kereta gamaknya pijak pedal minyak.  Nasib baik la dia angkat handbrake, bahaya gila.  Mak bapak macam ni tak de otak ke.  
Quote Thunderclouds 13-7-2022 05:05 PM
Samerosie replied at 13-7-2022 04:56 PM
Hehehe so far alhamdulillah tak pernah sebab selalu matikan enjin bawa kunci sekali.  Sekarang ana ...

Alhamdulillah..Good fr u then
Quote Thunderclouds 13-7-2022 05:06 PM
mejaputih replied at 13-7-2022 04:17 PM
iols sempat mengaku kat atas

Xsyak lg uols manusia bukan malekat
Quote pooh~key 13-7-2022 05:08 PM
Akak salahkan tuhan terus dek. Eh tiberrrrrr, dekkkk!
Quote msdummy.2018 13-7-2022 05:32 PM
Cuba kalo ini berlaku di luar us, canada, maka smanya menjadi pengajaran, kesian maknya, oh salah kereta...gituh..level forum skang sama jerk fesbuk tuh...
Quote nanasno 14-7-2022 11:12 AM
amik barang kat depan je takkan nak bawak anak kuar. beringat la bukak cermin skali. iols slalu buat gini. takde anak dalam kete pun kalau nak beli nasik lemak tepi jalan malas mati enjin iols bukak tingkap.
Quote arm_band 14-7-2022 01:31 PM
camne ek nak prevent benda ni? keta lama aku dulu penah jadi sekali, engine running aku turun nak buat apa ntah, hempas pintu terus terkunci. tapi takde sapa dlm keta & sib baik ada spare key. so pengajaran dia kena bawa spare key ke sana sini ke camne??

keta baru xde masalah sebab pakai push start button je

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046609 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top