CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Sangat Korek Sampai Pecah Gegendang Telinga, Doktor Kata Tahi Telinga Tak Perlu Korek Pun!

13-7-2022 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2979| Komen: 25

Dr Mohd Shaiful Nizam berkongsi satu kes di mana seorang pesakitnya mengalami masalah gegendang telinga pecah akibat tabiat suka mengorek telinga.

Menurut Dr Shaiful , pesakitnya datang ke Klinik Pakar (ENT ) Telinga, Hidung dan Tekak selepas hari raya Aidiladha baru-baru ini. 

Katanya melalui Twitter, pesakit tersebut mengadu sakit di sebelah telinga kiri dan mengalami masalah kurang pendengaran selain mendengar bunyi berdesing. 

Foto: Twitter

Menurutnya kesemua gejala ini terjadi sebaik sahaja pesakitnya mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil dan putik kapas. 

Ujar Dr Shaiful lagi, tabiat korek telinga sudah agak lama dilakukan oleh pesakitnya sendiri.

Berikutan daripada kes tersebut, Dr Shaiful menjelaskan bahawa tahi telinga tidak perlu dikorek kerana ia sudah mempunyai mekanisma tersendiri tanpa kita sedar melalui kunyahan mulut, pergerakan rahang dan pertumbuhan kulit dalam telinga yang akan menolak keluar.



Dr Shaiful turut memberitahu fungsi tahi telinga yang bersifat kalis air. Ianya mampu mencegah air dari meresap masuk ke salur telinga. 

Seterusnya, ia bersifat anti-bakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan dan pembiakan bakteria serta kulat. 

Bukan itu sahaja, tahi telinga bersifat asid untuk lembabkan kulit halus sekitar saluran telinga. Menghalang kemasukan serangga-serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk juga antara fungsi tahI telinga. 

Terakhir, tahi telinga mengeluarkan kotoran dan habuk dalam saluran telinga. Justeru itu, doktor pakar ENT akan melarang pesakit mereka untuk mengorek telinga.

Kata Dr Shaiful lagi, apabila tahi telinga sentiasa dikorek, secara tidak langsung akan menyebabkan ia tertolak ke bahagian tengah saluran telinga seterusnya akan berkumpul dan tersumbat. Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah pendengaran seperti berdesing dan kurang dengar.

Di akhir tweet, Dr Shaiful memberi penerangan mengenai cara yang sepatutnya dilakukan oleh pesakit sekiranya tahi telinga banyak dan rasa tersumbat. Jelasnya, ubat titis telinga merupakan ubat yang berksan untuk melembutkan tahi telinga yang keras. Jikalau masih lagi rasa tersumbat dan bergejala, Dr Shaiful menasihati supaya segera mendapatkan pemeriksaan Pakar ENT. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-7-2022 01:51 PM
tapi kalau tak korek nmpk pulak oren2 dlm telinga tu. malu la iol dah la kategori cantik, kang orang tengok telinga berkerak pulak
Quote cecari 13-7-2022 02:04 PM
rosedemon replied at 13-7-2022 01:51 PM
tapi kalau tak korek nmpk pulak oren2 dlm telinga tu. malu la iol dah la kategori cantik, kang orang ...

hang pernah tengok telinga doktor2 pakar telinga ni dak? saja ja tanya.. hehe
Quote mojarean_X 13-7-2022 02:15 PM
tp best.......
Quote star_karat 13-7-2022 02:24 PM
Eardrums klu pecah memang dah tak boleh buat apa lagi ek nak cantum balik..?
Quote dekmieDandy 13-7-2022 02:32 PM
dulu-dulu pernah kena ear infection, sebab masuk air sungai

sampai sekarang seriau nak korek

jusst bersihkan bahagian luar lubang tu je
Quote azie5zoe 13-7-2022 03:28 PM
Sebab-sebab nak korek telinga ni pertamanya gatal. Keduanya best bila korek telinga ni.
Quote bunnyj3lly 13-7-2022 03:33 PM
Tapi ada org siap kena infection sbb tak buang taik telinga.. jenis waxy2. Pekak sekejap
Quote tripleid 13-7-2022 04:33 PM
org kampong dulu2 suka korek telinga pakai pin rambut kaler itam tu.mmg nikmat smpai x ingat dunia..
Quote evlinne 13-7-2022 05:46 PM
Hahaha iols teringat haritu smpai demam2 sbb eardrum bengkak
Puncanya suka korek telinga la ni, rasa eargasm plak korek2 taik telinga tu
Last2 hamek ko pakej demam, rahang sakit tkleh buka luas2, telinga mcm masuk air
Tobat dah iols
Quote xAthenax 13-7-2022 05:50 PM
evlinne replied at 13-7-2022 05:46 PM
Hahaha iols teringat haritu smpai demam2 sbb eardrum bengkak
Puncanya suka korek telinga la ni, rasa ...

uols sama dengan anak dara kaka
teruk juga ear infections  dia lepas tu
lagi haru, dia tak prasan tertanggal cotton bud dalam telinga
abis kena tarbiyah dengan doc
Quote crazypink 13-7-2022 05:50 PM
Abg aku suka sgt korek telinga akibat kena ckp kuat2 jerit baru dia dgr
Quote ezacbee 13-7-2022 06:07 PM
tripleid replied at 13-7-2022 04:33 PM
org kampong dulu2 suka korek telinga pakai pin rambut kaler itam tu.mmg nikmat smpai x ingat dunia.. ...

Masa kecik korek telinga camni la. Mak yg korekkan, hulur je telinga. Memang syok khayal je...
Quote shernazz 13-7-2022 06:24 PM
Adek iols yang bongsu...pakai minyak zaitun je masukkan sikit dlm telinga.dia..
Ada jual di farmasi...utk taikntelinga keluar sundiri....
Uols kalau takut nak korek..guna la tu..gi farmasi..ada jual...
Quote intan244 13-7-2022 07:57 PM
kalau x perlu kenapa invent putik kapas semua tu.
Quote stingerbumpy 13-7-2022 08:03 PM
shernazz replied at 13-7-2022 06:24 PM
Adek iols yang bongsu...pakai minyak zaitun je masukkan sikit dlm telinga.dia..
Ada jual di farmasi. ...

Ko korek tak korek sama...pekak badak tetap menten...

Kahkahkahkahkah
Quote stingerbumpy 13-7-2022 08:04 PM
ezacbee replied at 13-7-2022 06:07 PM
Masa kecik korek telinga camni la. Mak yg korekkan, hulur je telinga. Memang syok khayal je... :lo ...

Bonding time

Kahkahkahkahkah
Quote blue_blur 13-7-2022 08:41 PM
beli ni kat shopee : Ear Otoscope USB Microscope , boleh tengok sendiri rupa dalam telinga tu bersih mana, kalau hitam tersumbat, titis ubat cair earwax, lama2 dia keluar sendiri, kalau geram nak segera keluarkan, pancut dengan air suam guna baby nasal aspirator.
Quote tripleid 13-7-2022 09:20 PM
Edited by tripleid at 13-7-2022 09:22 PM
ezacbee replied at 13-7-2022 06:07 PM
Masa kecik korek telinga camni la. Mak yg korekkan, hulur je telinga. Memang syok khayal je... :lo ...


Kann..tak peduli dah telinga bocor ke apa kena jolok  sbb dah syokk sgtt
Quote uda 13-7-2022 09:53 PM
Anak I dulu earwax dia jadi keras kemungkinan tidur dekat dgn heater. Nurse sekolah dia beritahu yang earwax my son tu banyak.

So bawa pergi hospital and doktor korek gunakan pancutan air, macam melombong gitu. Sekali keluar hitam dan berbulu.
Anak I punya meraung -1 hospital boleh dengar. Orang ingat kena operate tanpa bius

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.089443 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top