Wanita yang didakwa menghina Islam ketika persembahan komedi berdiri baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.
Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan itu dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakah persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun. Terdahulu, Siti Nuramira tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan berbaju kuning dan berjaket hitam serta kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke lobi utama mahkamah kira-kira pukul 9 pagi. Hakim Siti Aminah menetapkan wang jaminan RM20,000 serta dilarang untuk memuat naik sebarang kenyataan di media sosial. Tertuduh juga perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 15 Ogos 2022 dan pasport perjalanan antarabangsa diserahkan kepada mahkamah. Siti Nuramira diwakili peguam, R. Sivaraj Retinasekharan, Ramesh N. P. Chandran dan Datuk Shaharudin Ali. Pendakwaan pula dilakukan oleh pendakwa raya, Najihah Farhana Che Awang. Pada Sabtu lalu, video memperlihatkan wanita itu bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat. Sebelum itu, ketika Siti Nuramira naik ke pentas, dia memperkenalkan dirinya selain mengaku seorang wanita Melayu Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran. Akibat tindakan itu, wanita itu dan teman lelakinya, Alexander Navin A/L Vijayachandran direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. -CARI Sumber: mStar Online
|
ice98: dapat boipren gelap ...
jalfa replied at 13-7-2022 01:48 PM
Adan uker..kalo diam diam nikmati hidup spt warga urban bangsar x boleh ke..nak jugak limelite...ni ...
dua_chzy replied at 13-7-2022 01:43 PM
Tompang tanya,
Macau scammers tu suma bila nak tangkap? Dok buang masa dengan perempuan ini dah men ...
H0rr0rfan replied at 14-7-2022 03:36 AM
Warga old bangsar tak macam ni ye.
Family in law aku duduk jalan Bangsar, aman je g solat berjema ...
ADVERTISEMENT