|
Kontroversi wanita menghina agama Islam ketika membuat persembahan stand-up di Crackhouse Comedy Club semakin panas apabila pelawak Shahrol Shiro membidas kenyataan Datuk Afdlin Shauki yang tidak bersetuju pihak berkuasa menutup sementara kelab komedi berkenaan.
Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi dalam kenyataan di Instagram tetap bertegas dengan pendiriannya yang bersetuju kelab tersebut ditutup apatah lagi pelbagai video mengenai persembahan komedi berdiri di lokasi itu yang tersebar dan menyinggung perasaan orang ramai. "Seperti dijangka banyak video tersebar mengenai persembahan stand up kelab tersebut yang membuatkan ramai tersinggung. Pendapat saya kekal konsisten kelab tersebut eloklah ditutup sementara takut ia mendatangkan mudarat lebih besar," katanya.
Malah dalam hantaran berbeza, Sharol turut memuat naik beberapa gambar dipercayai suasana dalam kelab berkenaan yang memperlihatkan di meja pelanggan dihidangkan minuman keras. Shahrol turut mempersoalkan hukum menari rezeki dalam Islam yang menghidangkan minuman itu kepada penonton.
|
Buritan replied at 13-7-2022 11:58 AM
Afdlin.. biasaklaa.. liberal...

auntyonion replied at 13-7-2022 02:33 PM
Afdlin azharsuleman orked harithiskander next sapaa

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.534217 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.