CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Wanita Sedang Buat Live Facebook Atas Motor Mati Dilanggar SUV

13-7-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5202| Komen: 45

KUNAK – Seorang wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki keluarga berkenaan dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau.


Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa, Rina Samo, 38, yang juga warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa berusia 39 tahun dan anak lelakinya berumur tujuh tahun mengalami cedera di bahagian kepala, muka dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, siasatan awal mendapati kereta SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berumur 54 tahun bergerak dari arah Tawau menuju ke Kunak manakala motosikal dinaiki mangsa berada di hadapan di lorong sama.


Foto: FB


Bagaimanapun, kereta Proton X70 cuba memotong sebuah lagi kereta di hadapannya namun pada masa sama motosikal dinaiki mangsa cuba masuk ke simpang sebelah kanan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Jarak yang terlalu hampir mengakibatkan kereta X70 terbabit tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa.

Ekoran rempuhan itu, penunggang dan anaknya terpelanting ke bahu jalan manakala mangsa wanita diseret oleh kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Sabarudin memaklumkan mangsa iaitu pembonceng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya berumur tujuh tahun dan suaminya, 39, mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kunak untuk proses bedah siasat. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Loading FB Post...

Menurut info beberapa netizen, dikatakan mangsa sempat buat siaran langsung di facebook miliknya sebelum terlibat dengan kemalangan.

Menjengah ke akaun facebook Puan Rina, rakaman siaran langsung tersebut masih boleh ditonton. Setakat ini jumlah tontonan live itu sudah ada 80 ribu view.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada suami mangsa dan mendoakan anak serta suami mangsa cepat sembuh.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 13-7-2022 11:34 AM
takde ke live tu?mohon share kat sini..tah2 trauma sape2 yang tengok tu..
Quote sukacactus 13-7-2022 11:37 AM
Fast forward ke min 4:50 kalau kat video live tersebut
Xpaham apa yg nak di live kan pun
Dah la naik motor bertiga
Quote ChildrenOfBodom 13-7-2022 11:45 AM
The Tragic LIVE and Death of A Stupid Bitch
Quote esbok 13-7-2022 11:47 AM
tapi, salah ke dia buat live?
Quote tikusmontok 13-7-2022 11:49 AM
Minit 4.56..selebihnya tgk awan
Quote Farhaz 13-7-2022 11:49 AM
Masuk simpang tak bagi signal ke? Atau x70 tu yg mengkhinzir buta memotong? Adoiii.. Ni yg risau kalau kat jln raya ni. Kdg kita tak perasan motor. Nak2 pulak dah tekan minyak memotong.
Quote Belibis 13-7-2022 11:50 AM
esbok replied at 13-7-2022 11:47 AM
tapi, salah ke dia buat live?

Live for end of life ke caner
Quote esbok 13-7-2022 11:53 AM
Belibis replied at 13-7-2022 11:50 AM
Live for end of life ke caner

hm tu le tu, satu je la aku nampak dari video dia, sebelum diaorg belok tu, garis jalan mcm ada lah double line, mcm mana kereta tu boleh overtake dan langgar depa.
Quote fair_iza 13-7-2022 11:53 AM
Laki x bg signal ke nk masuk kanan?
Quote airfilterkotor 13-7-2022 12:03 PM
Edited by airfilterkotor at 13-7-2022 12:04 PM

Dari komprehensyen pembacaan aku.


Didepan Proton X70 (mengikut turutan) ada:
1) Motosaikel mangsa
2) Sebuah kenderaan (depan motosaikel)

Niat X70 nak potong dua-dua sekali kat depan.
X70 sedang dalam posisi hampir memotong motosaikel, dan ingin memotong kenderaan di hadapan,
tetiba motosaikel belok kanan.
X70 terkejut.
X70 langgar terus.

Tunggang motosaikel tak tengok side mirror barangkali?

Quote pooh~key 13-7-2022 12:09 PM
Inilah sebab akak fobia sikit nak memotong kat jalan kampung dekkk….
Quote haruslah 13-7-2022 12:20 PM
Kalau tgk bideo tu,mcm bukan laluan selamat nak memotong. kejap2 double line
Kete yg depan moto tu pun agak jauh kalau nak potong dua2
Quote prettyuglybabe 13-7-2022 12:48 PM
airfilterkotor replied at 13-7-2022 12:03 PM
Dari komprehensyen pembacaan aku.

yang i faham, x70 belakang sekali..
depan x70 ada satu kereta dan depan kereta tu baru motor mangsa..
so x70 nak potong kereta depan and tak nampak or tak tau mangsa depan kereta nak masuk simpang..
maybe signal terlindung oleh kereta depan x70 tu..
dan kebetulan masa x70 potong kereta belakang motor ni, mangsa pun belok ke kanan..
sebab tu x70 tak dapat elak motor sebab biasa kan kita laju sikit kalau memotong..
kereta putih depan motor mangsa tu tak terlibat..
so turutannya dari depan:

1. kereta putih
2. motor mangsa
3. kereta yang dipotong
4. x70

pening baca artikel reputs sekarang
Quote Suchi 13-7-2022 12:58 PM
Edited by Suchi at 13-7-2022 01:04 PM
Farhaz replied at 13-7-2022 11:49 AM
Masuk simpang tak bagi signal ke? Atau x70 tu yg mengkhinzir buta memotong? Adoiii.. Ni yg risau kal ...


Iols gigih tgk live tu sampai abis smlm, drpd bunyi suara2 tu sebut keta tu nk potong kereta depan dia tp tak nampak ade motor kat depan kereta tu. motor tu plak kebetulan nak masuk simpang tu.
Bila dia sedar ada motor tu dia dah tak sempat nak brake apa dah sbb tgh nak memotong kan.
Sian gak dengar anak dia nangis2 sebut mama sampai dah tak dengar suara.
Pastu lebih kurang 20 minit kot ambulans sampai kot sbb dengar bunyi siren bagai.
Hujung live tu ada orang jumpa tepon tu dan org tu sedar yg tepon tgh live.
Quote Kitty_catz 13-7-2022 12:58 PM
ummah yenndon brand friska ni kalo tak bodoh , bebal.. tkalo tak bebal, bodoh

sekian.. apa2 pun salam takziah
Quote Suchi 13-7-2022 01:01 PM
prettyuglybabe replied at 13-7-2022 12:48 PM
yang i faham, x70 belakang sekali..
depan x70 ada satu kereta dan depan kereta tu baru motor mangs ...

Yup X70 tu tak perasan, dlm live tu owner tu duk sebut berulang kali pasal tu dia nak potong kereta depan dia dan tak perasan ada motor juga depan tu.

Masa lepas eksiden tu rasanya arwah masih hidup sbb dengar macam suara sebut sakitnya dada aku tp xtau la tu suara dia atau owner keret yg langgar tu.
Sbb lepas tu dengar anak dia nangis sebut mama mama mama byk kali sampai hilang suara.
Quote Friska 13-7-2022 01:02 PM
Kitty_catz replied at 13-7-2022 12:58 PM
ummah yenndon brand friska ni kalo tak bodoh , bebal.. tkalo tak bebal, bodoh

sekian.. apa2 pun sal ...

Ndak punya hati nurani ini orang, korban ketiban musibah malah diejek terus catut nama saya. Maksud mu apa?
Quote Kitty_catz 13-7-2022 01:04 PM
Friska replied at 13-7-2022 01:02 PM
Ndak punya hati nurani ini orang, korban ketiban musibah malah diejek terus bawa-bawa nama saya. M ...

ko cakap melayu je lah.. acah2 yindon terpaling


Quote Suchi 13-7-2022 01:08 PM
mamajawie replied at 13-7-2022 11:34 AM
takde ke live tu?mohon share kat sini..tah2 trauma sape2 yang tengok tu..

Baru tak sampai 5 minit dia live tu dah kena langgar dan kena heret ngn keta tu.
tak nampak keadaan dia sbb tepon tu ngadap langit yg membiru.
Tp suara2 jelas la kedengaran, bunyi tangisan anak dia.Suara yg melanggar pun ada kira kalau nak bahan bukti melalui live tu laa boleh tahu huhu.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top