CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Minggu Hilang, Akhirnya Jumpa Dalam Parit-"Tak Sangka Itu Mayat Abang"

13-7-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2235| Komen: 19

Dungun: "Puas kami berusaha mencari abang, tak sangka mayatnya ditemukan di situ (dalam parit)," kata Ahmad Zulnasri Abdullah, 40.

Ahmad Zulnasri memberi reaksi itu selepas mayat abangnya, Mohd Azizul Hafiz Abdullah, 42, ditemukan di dalam parit di Kampung Rajawali Pulau Serai, di sini, kira-kira 3 petang hari ini, selepas dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Menurut Ahmad Zulnasri, abangnya tidak balik ke rumah ibunya di Kampung Pulau Serai di sini, selepas kali terakhir mereka bertemu pada 30 Jun lalu.


Foto: Harian Metro

"Kami pelik bertindak mencari abang dengan bantuan dari rakannya di sekitar Dungun hingga ke Paka, namun menemui jalan buntu sebelum membuat laporan polis.


"Petang tadi, saya dihubungi polis berhubung penemuan mayat. Sebaik tiba di lokasi itu, saya sangat terkejut dan ia memang abang saya berdasarkan motosikal dan pakaian," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Polis percaya mangsa terbabit dalam kemalangan itu akibat terbabas sebelum tercampak ke dalam parit itu.

"Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farhaz 13-7-2022 11:11 AM
Innalillahiwainnalillahiroji'un. Kesiannya meninggal lambat ditemui. Mujur adik beradik semua alert. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Quote plasminas 13-7-2022 11:27 AM
Innalillah....semoga roh arwah dicucuri rahmat

accident dgn apa agaknya sampai org x perasan langsung, 2 minggu dah

atau kes serangan jantung
Quote Meemaw 13-7-2022 12:05 PM
Innalillahiwainnalillahiroji'un
Quote mizruncing 13-7-2022 12:43 PM
sedihnyaaa innalillahhh
Quote asfaz 13-7-2022 12:43 PM
plasminas replied at 13-7-2022 11:27 AM
Innalillah....semoga roh arwah dicucuri rahmat

accident dgn apa agaknya sampai org x perasan langsu ...

Anak jiran ai kena sawan sebelum terbabas masuk longkang waktu malam. Motor atas dia. Hujan lebat pulak malam tu. Family and kawan2  cari tpi tak jumpa.Esok tu dah tengah hari sikit kot baru org perasan ada moto dalam longkang.
Angkat motor tengok arwah kat bawah tu.
Quote twins 13-7-2022 01:02 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...... sedih nyer...
Quote arm_band 13-7-2022 02:12 PM
sedihnya laaa
Quote rospinki 13-7-2022 02:26 PM
sedihnya..
ada kisah ni sedara kt belah ex adik dia hilang bertahun2 sebab amik meth otak dah tak berapa centre lari dari rehab masuk pusat lari semua dia dpt lari..tiap kli lepass hantar balik masuk dia lari balik. leas bertahun2 terus tak jumpa diorg igt dh mati. smpi pegi motuary cam mayat tapi bukan juga adik yg hilang. akhirnya pada satu hari org htr forward ws rupanya adik dia kt belakang umah dia jah kt wad sakit jiwa tak jauh dari umah dia. hahaha..elok je budak tu. skrg budak tu dh selamat dibawah jagaan abg dia siap buat umah kecik tapi tk bole lari2 dah. cam tulah..semuanya dah tertulis takdir kita.
Quote plasminas 13-7-2022 04:07 PM
asfaz replied at 13-7-2022 12:43 PM
Anak jiran ai kena sawan sebelum terbabas masuk longkang waktu malam. Motor atas dia. Hujan lebat  ...

Innalillah....Allahu

Mungkin ada persamaan tu
Quote anakmak 13-7-2022 04:17 PM
Kezen my fren bgtau
Dia ride tgh hujan then dia terbabas masuk semak2 tepi Jalan motor tu
Drpd terbabas pengsan then bangun balik bawak keluar motor drpd dalam semak sambung ride balik rumah
Nasib x innalillah
Quote supernaturalee 13-7-2022 04:44 PM
teringat cerita faizal hussein tajuk aku mahu hidup klu x silap
mcm ni la
sexciden dan koma mcm tu
duk menjerit2 pgl org tp xde sape perasan
ending iols x igt


done share story yet related to article
Quote che-cikL 13-7-2022 04:47 PM
rospinki replied at 13-7-2022 02:26 PM
sedihnya..
ada kisah ni sedara kt belah ex adik dia hilang bertahun2 sebab amik meth otak dah tak be ...

Sedih, berbaur lucu.
Kaitan tu dgn sis, bau2 stokin gitu, sedara kpd ex adik hahahhaa
Quote rospinki 13-7-2022 05:48 PM
che-cikL replied at 13-7-2022 04:47 PM
Sedih, berbaur lucu.
Kaitan tu dgn sis, bau2 stokin gitu, sedara kpd ex adik hahahhaa

sedih jgak kisahnya..adik tu perempuan lari merata jumpa org jahat genster smua ada. ada org jaga dia selamani dkt ladang brgkli lepasstu diorg lepaskan dia until police jumpa end up kt wad gila.
Quote Mary_jane 13-7-2022 06:58 PM
Alhamdulillah jumpa juga walau dalam keadaan menyedihkan. Moga roh arwah dicucuri rahmatNya. Takziah.
Quote None68 13-7-2022 07:28 PM
Sedihnya alahai
Quote che-cikL 13-7-2022 07:31 PM
rospinki replied at 13-7-2022 05:48 PM
sedih jgak kisahnya..adik tu perempuan lari merata jumpa org jahat genster smua ada. ada org jaga  ...

Aduh.... Budak perempuan ke... Kesiannya dah termasuk kumpulan macam tu.
Quote Tinot7 13-7-2022 07:33 PM
Takziah kpd keluarga..
Quote imanjannah 13-7-2022 07:35 PM
innalillahwainnalillahirojiun

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.110373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top