CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Dapat Sambutan- Konsert Ahmad Nawab Selesai, Jamal Abdillah Masih Ralat

13-7-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3309| Komen: 18

Sebagai penerbit yang menganjurkan Konsert Tribute Datuk Seri Ahmad Nawab yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada awal Julai lalu, Datuk Jamal Abdillah ralat ia kurang mendapat sambutan penonton.


Jamal berkata, faktor kesuntukan masa melakukan promosi konsert itu membuatkan ramai tidak menyedari penganjurannya sehingga menyebabkan jualan tiket tidak memberangsangkan.

Foto: IG

"Memang tak untung besar tapi bukanlah rugi sebab semua kos produksi telah dibayar dengan geran yang diterima.

"Cuma saya ralat kerana tempoh masa untuk promosi agak singkat. Konsert ini akan jadi lebih baik kalau saya ada lebih banyak masa," katanya kepada mStar.


Jamal berkata demikian ketika sesi santai bersama artis FMC yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.


Foto: mStar

Konsert yang berlangsung pada 1 hingga 3 Julai lalu itu merupakan terbitan Bin Jamal Event Sdn Bhd dan dibawa bersama oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya.

Meskipun berasa ralat namun Jamal turut meluahkan rasa syukur dengan penganjuran konsert tersebut kerana ia diadakan bagi memberi penghargaan buat guru dan mentornya, Datuk Seri Ahmad Nawab.



“Saya syukur semua berjalan lancar. Apa pun saya gembira kerana dapat tunaikan hajat anak-anak didiknya untuk ucap terima kasih kepada seorang guru.

“Awalnya beliau tidak suka dengan penganjuran konsert ini kerana tidak bertanya kepadanya lebih awal. Kemudian beliau meluahkan rasa terharu dan ucap terima kasih untuk konsert tersebut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Jamal baru sahaja melancarkan lagu berjudul Ku Cuma duet sekali lagi bersama Wany Hasrita.



“Saya amat berbesar hati diberi peluang untuk duet sekali lagi dengan Wany. Ini adalah cara untuk saya terus kekal dalam arus perdana muzik.

“Peluang begini saya akan terima supaya saya tidak ketinggalan dengan artis-artis baharu yang ada dalam industri sekarang,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-7-2022 11:35 AM
tok mal tak payahlah nak ralat2, jaga je anak bini tu
Quote stingergrumpy 13-7-2022 11:37 AM
Lain kali suruh si kayu promote ler...

Bengap....

Kahkahkwhkahkahkah
Quote stingergrumpy 13-7-2022 11:39 AM
Kayu buat cameo appearance  barang satu dua lagunya yg dah masuk carta grammy...

Musti meletop letopz konsert...

Quote cheezel 13-7-2022 11:49 AM
Promosi kurang. Mcm xpnh dgr pun
Quote ezacbee 13-7-2022 12:15 PM
Ni buat asal boleh, promosi takde. Tarikh pun dekat sangat dgn raya haji. Pastu tau komplen. Ingat semua orang tau ke?
Quote lyza2474 13-7-2022 12:50 PM
Hari ke 2 pergi, penuh je tmpt duduk., Jamak, katie and shideee best giler tp sayang wani nyanyi hancur .... Suara tengelam
Quote becir 13-7-2022 12:54 PM
kalau planning betul takde kes 'kurang promosi'..ni planning pun ntah2 ke laut pastu cam nak salahkan orang lain
Quote KamikuP 13-7-2022 01:57 PM
Tu la tak ajak Uji Rashid, Hail Amir dan Dj Dave.. tok mal ni buat konsert mcm syok sendiri le pulekkk
Quote auntyonion 13-7-2022 02:01 PM
Kurang promo
Quote kashaz 13-7-2022 02:05 PM
mmg takde promosi la.. baca thread ni baru tau ade konsert. lol.
Quote dekmieDandy 13-7-2022 02:36 PM
aiyoo dah habes konsert baru buat interview ke

dah kenapa
Quote sleepandream 13-7-2022 04:22 PM
sbb ada geran dr kerajaan...
cuba takde modal... mesti pulun habis baik punye
Quote ashilalat 14-7-2022 04:28 AM
Jamal ni dah taraf legend dah. Kenapa la masih dok himpit wany yg bersuara sumbang utk duet? Sekali paham la. Ni smpai 2x.

Pastu dia plak rasa honored duet dgn wany. Patut wany la yg ckp mcm tu.

Taraf jamal ni patut duet dgn legend² macam siti ke, dayang ke, liza ke, kris dayanti ke rossa ke.

Ni dok ngimpit penyanyi baru. Kalo penyanyi baru berbakat oklah juga. Ni jenis penyanyi baru bersuara sumbang. Merosakkan nama je.
Quote stingerbumpy 14-7-2022 04:40 AM
ashilalat replied at 14-7-2022 04:28 AM
Jamal ni dah taraf legend dah. Kenapa la masih dok himpit wany yg bersuara sumbang utk duet? Sekali  ...

Jgn cakap ko sorang yg pertikaikheun pilihan dak wani ini...aku pasti isteri jamal pun bertanyakheun soalan yg sama....walau lebih pada sudut mesti yg muda...mesti yg belum kawen kewww?

Kahkahkahkahkahkah
Quote rain2169 14-7-2022 08:46 AM
ye I setuju.... Promosi kurang...
Quote Lavender_Violet 14-7-2022 09:55 AM
Aiyooo...Ai pun tak tau pasal kewujudan konsert ni
Mmg tak ada atau kurang sangat promosinya
Kalau tau, mmg Ai akan cuba utk beli tiket tu
Pernah pegi konsert Tok Mal kat IB many years ago
Memang superb hokeh wpun masa tu mmg nmpk dia lalok2
Quote sayawifenikmie 14-7-2022 06:12 PM
acer bawak anak2 tu sekali .....
Quote Supersirap 16-7-2022 01:00 PM
Promosi kena lah kaw-kaw barulah semua audience tahu berkenaan konsert ini

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.154922 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top