CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Menggelabah, Bayangkan Mati Nampak Banyak Skru Sayap Pesawat Tercabut Semasa Penerbangan

13-7-2022 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1789| Komen: 6

BEIJING – Seorang penum­pang panik apabila merakam beberapa skru sayap tercabut semasa pesawat dinaikinya berada pada ketinggian lebih 10,000 meter di ruang udara, lapor akhbar Mirror UK.


Dalam kejadian itu, satu skru pada fairing pesawat milik pe­nerbangan Air China itu hilang, manakala skru-skru lain kelihatan sangat longgar.

Insiden itu dirakam pada pesawat Air China CA1921 yang melakukan penerbangan dari Beijing ke Hengyang pada 7 Julai lalu.

Penumpang yang ketakutan bertindak memuat naik rakaman itu di laman sosial, Weibo dan seterusnya tular.


Foto: Asiawire


Berikutan kejadian itu, Air China terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk cuba meya­kinkan pelanggan tentang ke­selamatan mereka.

“Air China mengambil tindakan terhadap skru longgar pada fairing sayap kiri penerbangan CA1921 yang dikongsi di internet dengan membaikinya. Kami juga melakukan pemeriksaan keselamatan dan menyemak pesawat model sama yang lain,” kata syarikat penerbangan itu.

Air China bagaimanapun gagal menjelaskan bagaimana skru-skru itu menjadi longgar atau sama ada keselamatan penerbangan itu telah terjejas.

“Kemungkinan yang berlaku ialah sokongan dalam fairing telah patah atau skru longgar akibat getaran jangka panjang,” kata blogger penerbangan po­pular, Qiu Qing di laman sosial. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 13-7-2022 11:01 AM
korang tak buat scheduled maintenance ke?  haiyooo…  kalau buat mesti dapat detect…
Quote ChildrenOfBodom 13-7-2022 11:22 AM
Made In China lol
Quote sharlenetexas 13-7-2022 11:24 AM
Pulas skru pakai tangan ke?


Quote Meemaw 13-7-2022 12:17 PM
Malaysia lagi hebat, bukan kata skru jer tercabut, engine kapal terbang pon boleh hilang sampai ke sudah..
Quote pooh~key 13-7-2022 12:25 PM
Akibat technician mereka kena work from home kah sis? Kohkohkohkohkoh.
Quote KamikuP 13-7-2022 02:11 PM
Made In China, what do you expect? i said

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060352 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top