|
BEIJING – Seorang lelaki di China yang sering mengalami masalah ‘kencing berdarah’ terkejut apabila diberitahu bahawa dia sebenarnya datang bulan, lapor laman berita Wion News.
Chen Li, 33, yang berasal dari wilayah Sichuan, juga kerap sakit pada bahagian abdomen dan berlarutan selama beberapa jam. Hasil pemeriksaan doktor sebelum ini mendapati dia menghidap apendiks, namun simptom tersebut masih berlaku meskipun telah diberikan ubat. Bagaimanapun, Chen Li terkejut apabila doktor lain mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan sistem pembuangan air kecil, sebaliknya mengalami kitaran haid seperti wanita.
Pemeriksaan perubatan lanjut turut mendapati dia mempunyai organ pembiakan wanita seperti ovari dan uterus. Laporan pemeriksaan juga mendedahkan bahawa kadar hormon seks lelaki iaitu androgen dalam badan Chen Li berada di bawah paras normal bagi lelaki. Pada masa sama, hormon seks wanita Chen Li adalah setanding dengan yang ditemui dalam tubuh wanita dewasa sihat. Akhirnya, Chen Li disahkan memiliki kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita. Justeru pada Jun lalu, dia telah meminta untuk menjalani pembedahan bagi membuang organ pembiakan wanita dalam badannya.-CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 13-7-2022 10:35 AM
Kalau lucinta luna tau mesti dia mintak.rahim.tu kat mamat.ni

tikusmontok replied at 13-7-2022 11:58 AM
Jadi kat sajad sujud sokor gamaknya

Suchi replied at 13-7-2022 10:48 AM
Kalau dah ada peranakan tu maknanya kau bukan lagi lelaki.
Tapi nampaknya dia memilih nak jdi lelaki ...

gideoncross replied at 13-7-2022 06:49 PM
Last yr klau x silap pun ada brita psl Khunsa dri Yindon, ada 2 jntina tpi dia lbih mmilih utk mnj ...
djzara81 replied at 13-7-2022 07:15 PM
Yang atlet Indo tu ka? Luaran mmg sado mcm laki. Awal2 dia bertanding dlm kategori wanita.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040858 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.