Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Rosma memaklumkan dua anak perempuannya, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania mengalami masalah cirit-birit yang teruk sejak beberapa hari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada penyanyi Khai itu menerusi Instagram. “Hari itu adik sakit perut cirit-birit. Tapi Alhamdulillah, adik sudah baik. Tiba-tiba hari ini kakak Mia (Nur Amani) pula kena cirit-birit sembilan kali. Selain itu muntah-muntah empat kali, tak boleh makan langsung hari ini.
“Terus bawa pergi kecemasan dan dimasukkan ke hospital. Doakan kakak Mia cepat sembuh,” katanya. Menjengah di ruangan komen, majoriti mendoakan semoga anak-anak pasangan penyanyi itu berada dalam keadaan sihat walafiat. Untuk info, Rosma dan Khai berkahwin pada 2008. Hasil perkongsian mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sumber: Utusan
|
slyfynx replied at 12-7-2022 06:35 PM
Aku tgk diorang ni, aku still teringat kes gelang magnet dgn AC.
Haish
ADVERTISEMENT