Baru berapa bulan Shila Amzah mengumumkan perceraiannya, nenek kepada penyanyi itu sudah meminta ibu satu anak berkenaan membawa pulang teman lelaku baru.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 31, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Nenek saya terus meminta untuk saya membawa pulang teman lelaki baru sedangkan saya tiada siapa-siapa lagi," ujarnya. Melihat ruangan komen, rata-rata warganet turut mengakui ia merupakan soalan sama setiap kali pulang ke kampung atau apabila sanak saudara berkumpul. Malah, ada juga meninggalkan komen nakal menawarkan diri mereka sebagai calon kekasih Shila. Peninglah Shila nak jawab setiap kali nenek minta bawa balik teman lelaki. - CARI
|
ADVERTISEMENT