Aktres hebat Sharifah Amani sependapat dengan aktor dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menentang penutupan sementara Crackhouse Comedy Club selepas kelab bagi pelawak-pelawak solo (stand up) itu terpalit kontroversi membabitkan seorang individu.
Menurut Amani, 36, menerusi satu ciapan di Twitter dan Instastory, memaklumkan dia sendiri pernah membuat persembahan dan sering hadir menyaksikan pelawak-pelawak solo ini beraksi di kelab tersebut. Tambahnya, selain tempat untuk mempamerkan bakat, dia bersama ahli keluarganya turut pernah meraikan ulang tahun kelahiran mereka di lokasi tersebut.
Jelas pelakon filem Mukhsin itu lagi, penutupan kelab tersebut tidak adil memandangkan ia hanya melibatkan seorang individu dan bukannya keseluruhan perniagaan. Minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menghentikan sementara operasi premis berkenaan sehingga siasatan selesai. Pada Isnin, Afdlin membangkang penutupan sementara kelab tersebut. Malah, penyampai radio dan pelawak Douglas Lim juga menegaskan bahawa lokasi kejadian iaitu Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) tidak sepatutnya disalahkan. Terdahulu, paparan video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dalam satu acara komedi di premis berkenaan tular di media sosial. Sumber: Gempak
|
Cokoro replied at 12-7-2022 05:34 PM
Entohlah baca kt tuiter comedy club ni mmg sarang mengata melayu islam
lattehazelnut replied at 12-7-2022 06:29 PM
Habis tu dalam forum ni kita memuji ke melayu islam? Hahaha..
lattehazelnut replied at 12-7-2022 06:29 PM
Habis tu dalam forum ni kita memuji ke melayu islam? Hahaha..
msdummy.2018: Aku bukan sokong apa si minah ...
Cokoro replied at 12-7-2022 05:34 PM
Entohlah baca kt tuiter comedy club ni mmg sarang mengata melayu islam
ADVERTISEMENT