CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pernah Ke Saya Minta Tolong Atau Keluar Surat Saman?" - Iqram Puas Tukar-tukar Karakter

12-7-2022 04:28 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2110| Komen: 7|Original author: LilRose

"Doa saya minta selama ini untuk fahamkan mengenai siapa diri saya, kenal diri saya, kenal dengan sekeliling saya."

Iqram Dinzly mendedahkan karakter Prince Chiki Dinzly yang dicipta dalam dirinya adalah bertujuan membuka pandangan peribadinya terhadap masyarakat.


Kredit foto: Berita Mediacorp

Kata pelakon berusia 41 tahun itu kepada Harian Metro, tidak pernah sekalipun dia mengundang kesusahan terhadap orang lain sepanjang mencipta pelbagai karakter diri yang di pertonton di media sosial sebelum ini.

"Kita tengok sekarang banyak netizen rasa berkuasa, hebat, sebab mereka kononnya menguasai media sosial. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menyebabkan ada selebriti yang jatuh disebabkan fitnah dilontarkan.

"Bukan saya nak kata saya bagus, hebat, dan kuat, sepanjang mencipta Prince Chiki Dinzly, Iqram Delicious, pernah tak keluar surat saman? Tak pernah.

"Pernah tak keluar surat laporan? Pernah tak saya minta pertolongan daripada pihak berkuasa? Tak pernah. Saya hadap seorang perkara itu," katanya.


Kredit foto: MalaysiaKini

Malah, dia berasa puas setiap kali menukar karakternya.

"Saya menghadapi keadaan itu di mana orang lain tak tahu dan fikir saya buat seronok-seronok saja. Hakikatnya perkara itu memberi imbuhan yang masya-Allah, anugerah paling besar," jelasnya.

Puas yang macam mana tu ya Iqram, dapat bertukar-tukar karakter? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-7-2022 04:54 PM
cakap je lah senang nak memondan kalau guna alasan split personalities ni.... tu je kan sebenarnya ---NAK MEMONDAN.. nak feeling2 ballerina, perempuan joget, nak pakai baju jaring-jaring acah-acah art/seni.... yihhhh! Pondan delusiii!
Quote makciktijah 12-7-2022 04:58 PM
kopok losong kecut pun gigih nak tunjuk ala2 tak sengaja. apa benda manfaat dan imbuhan paling besar masha Allah sangat tu?
Quote Mary_jane 12-7-2022 05:09 PM
Makin weng manusia zaman sekarang ni.
Quote helicornia 12-7-2022 06:51 PM
Ko pun tunggu masa je nk kena angkut ke balai mcm Amy tu.meminta sgt kn
Quote nakkomenjugak 12-7-2022 09:31 PM
hensem gila dia kat pic pakai songkok tu
haishhh rugi2
Quote orenmango 12-7-2022 10:46 PM
Kan ke kalau split personality tu bukan boleh control watak² dalam otak tu? Ni boleh tukar ikut suka sendiri
Quote beatgirlX 27-8-2022 10:30 PM
Split personality kalau yg aku tau x blh control sgt kan...ada masa dia sndiri tak sdar

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034188 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top