CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM2.50 Dah Tak Relevan, Naikkan Harga RMT Kepada RM4.50

12-7-2022 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1297| Komen: 5

Penetapan harga RM2.50 bagi pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada seorang murid sudah tidak relevan dan kadar itu perlu dikaji semula seiring kenaikan harga barangan.


Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairuddin Hamzah berkata, kadar harga itu tidak berubah sejak tujuh tahun lalu walaupun kos bahan mentah sudah banyak kali meningkat.


Gambar hiasan - The Sun Daily

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan harga RMT dinaikkan kepada RM4.50 bagi semenanjung dan RM5.50 untuk Sabah dan Sarawak.

“Harga ini sepatutnya dilaksanakan dari 2020 lagi, walaupun sudah dua tahun isu ini dibangkitkan, namun tiada tindakan wajar diambil kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.


Pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Kadar ditetapkan untuk semenanjung ketika ini adalah RM2.50 untuk seorang murid manakakala bagi Sarawak, Sabah dan Labuh sebanyak RM3 setiap murid terlibat.

Menurut Khairuddin, terdapat sesetengah sekolah di kawasan Orang Asli dan sekolah pendidikan khas yang hampir 100 peratus muridnya layak menerima RMT sekali gus membebankan pengusaha kantin sekolah tersebut jika kadar harga lama dikekalkan.

Situasi itu, katanya, boleh menyebabkan pengusaha kantin gulung tikar dan terpaksa menamatkan kontrak awal serta kehilangan deposit.

Dalam pada itu, beliau berkata, menu RMT harus diseragamkan di seluruh negara yang mana ketika ini terdapat 25 menu tetapi hanya 10 sahaja yang relevan.

Sebagai contoh, katanya, menu yang mengandungi nasi, ayam, sayur, buah dan air digemari ramai pelajar tetapi terdapat juga menu seperti roti canai, buah dan air sahaja.


PPKSM mengesyorkan harga RMT dinaikkan kepada RM4.50 bagi semenanjung dan RM5.50 untuk Sabah dan Sarawak.

“Objektif RMT adalah membantu pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah tidak tercapai sekiranya pelajar tersebut tidak makan.

“Menu yang dipilih harus berkualiti tinggi supaya pelajar kekal sihat dan fokus semasa sesi pembelajaran,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 13-7-2022 08:26 PM
Flag_of_Malaysia.svg.png
Quote dua_chzy 13-7-2022 09:29 PM
Korang tak minat isu pendidikan ka?

Btw sy setuju dengan cadangan ini. KPM memang tersangat perlu teliti semula harga RMT ini.
Quote tungkai 13-7-2022 09:39 PM
Setuju utk naikkan harga RMT ni. Menu apa aje skrg ni RM2.50.

Satu lagi yg dapat RMT ni yg jenis betul2 applicable bukannya cikgu yg letak anak sendiri..
Quote TabletSusu 13-7-2022 09:51 PM
tp kat area rumah aku.. masih boleh beli mee goreng + telur mata = rm2. tp aku mintak mee tu separuh bekas je. sbb klu penuh bekas aku xkan habis makan. nasi goreng pun boleh dpt rm2 utk 1 bekas.

tp aku sgt setuju klu RMT bagi anak2 makan mknn berkhasiat.
Quote kelip2_07 14-7-2022 11:06 AM
mmg ptut naik kn hrga..lps tu yg org kantin pn ade segelintir masak mcm pkai kaki..cubelah masak elok2..ade sesetgh kantin skolah masak sdp2 bdk pn suka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.216352 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top