CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kehadiran Ustaz Kazim Di Majlis PN Tiada Makna Apa-apa

12-7-2022 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1671| Komen: 8

Kehadiran pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ke program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional (PN) tiada kaitan dengan politik.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan kehadiran pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias ke program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional (PN) ada kaitan dengan politik.


FB Ustaz Kazim

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebaliknya menjelaskan Ustaz Kazim hadir sebagai tetamu biasa berikutan tinggal berhampiran.

"Kehadiran beliau ke majlis ini tiada makna apa-apa, malah ramai lagi ketua-ketua cawangan dan ahli dari parti lain seperti UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pejuang Tanah Air, Parti Warisan malah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pun ada hadir.


"Ini adalah kenduri rakyat dan kita sambut hari raya dengan berkumpul rakan-rakan. Sebenarnya rumah beliau di hadapan tapak program ini, maka beliau hadir sebagai menghormati tetamu termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya ketika ditemui pada Kenduri Rakyat Aidiladha PN di Manjoi di sini pada Isnin.


Mohd Kazim (kiri) dilihat hadir pada Kenduri Rakyat Aidiladha yang dianjurkan PN di Manjoi, Ipoh.

Menurutnya, sikap Mohd Kazim atau dikenali Ustaz Kazim meraikan majlis yang diadakan jiran berhampiran wajar dicontohi.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 12-7-2022 12:28 PM
ya memang tak da apa apa......duduk pun jauh jauh ....
Quote Skuau 12-7-2022 12:56 PM
Ajak makan kenduri jer pon...perkara biasa.
Quote prince_marhaen 12-7-2022 02:18 PM
kelabu ye...pakai foundation & concealer ke tu sis...?
Quote sharfox 12-7-2022 03:19 PM
Siap la UKE lpeas ni. Habis luar dalam semuanya bakal busuk belaka. Akan hilang segala simpati masa sakit ari tu.
Quote mojarean_X 12-7-2022 03:22 PM
dah sihat ke tu?
Quote renko 12-7-2022 03:49 PM
ingat bangnon td tu
Quote ezacbee 12-7-2022 04:08 PM

Sihat kot. Elok je dia. Tak tau la effect pakai filter ke tak
Quote ninja9 12-7-2022 04:10 PM
knp perlu ada penafian atau pengumuman mcm tu.  salah ker kalau dia nak sokong salah satu parti politik...  

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.179864 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top