Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kasut kulit mewah dipakai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi topik berita kebanyakan akhbar bukan Melayu.
Tunku Ismail menerusi kiriman ciapan dalam Twitternya tengah malam tadi menasihati Onn Hafiz mengabaikan isu yang ditimbulkan, sebaliknya fokus terhadap tugas mentadbir negeri ini. “Benda macam ini pun jadi isu? Dato’ (Datuk) saya cadangkan lepas ni Dato’ pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato’ dan beberapa pegawai kerajaan.
“Dato’, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah baginda. Semalam, beberapa penerbitan akhbar bukan Melayu mensensasikan Onn Hafiz yang memakai kasut kulit mewah yang mencecah RM40,000. Dalam pada itu, Onn Hafiz menafikan dakwaan individu yang mengatakan beliau memakai kasut yang berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan memegang jawatan berkenaan. Beliau memberitahu, kasut tersebut adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sumber: UTUSAN |
alesandra replied at 12-7-2022 12:25 PM
Klau berckp tu x boleh ke x kedengaran seperti sombong.?
alesandra replied at 12-7-2022 12:25 PM
Klau berckp tu x boleh ke x kedengaran seperti sombong.?
umbut replied at 12-7-2022 01:07 PM
Dengki ke
tumpanglalu74 replied at 12-7-2022 02:18 PM
Dia bengang embi tu bangang tak reti nak discreet. Itu je.. So sebab tu la dia kasi sedas kat dahi ...
ADVERTISEMENT