Polis menembak seekor kerbau yang bakal dikorbankan kerana mengamuk dan cuba melarikan diri berhampiran kawasan Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Indonesia.
Lapor CNN Indonesia, kejadian itu berlaku di Kampung Selapajang Jaya, daerah Neglasari, wilayah Tangerang ketika program ibadah korban diadakan. Ketua Polis Daerah Neglasari, Putra Pratama berkata, insiden itu berlaku selepas kerbau berkenaan dibawa untuk disembelih. “Tiba-tiba kerbau itu mengamuk dan lari ke arah kawasan Neglasari dengan menghampiri pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
“Secara tepatnya, ia berada di perimeter utara lapangan terbang berkenaan,” katanya dalam kenyataan. Menurut Putra, polis terpaksa menembak kerbau itu menggunakan senjata api kerana didapati amat berbahaya bagi penerbangan di lapangan terbang berkenaan. “Selepas ditembak, kerbau itu kemudian dibawa ke Baiturrohman Musala di daerah Teluknaga, wilayah Tangerang menggunakan kereta pikap,” katanya. Sumber: Utusan
|
mojarean_X replied at 12-7-2022 11:47 AM
motip pakcik pakai kaca mata dan baju hitam ni tersenyum dh nape? ni kes tragedi kot
mojarean_X replied at 12-7-2022 11:47 AM
motip pakcik pakai kaca mata dan baju hitam ni tersenyum dh nape? ni kes tragedi kot
azie5zoe replied at 12-7-2022 12:30 PM
Dia happy sebab dapat masuk surat kabau. Sebab kerbau tulah dia punya muka pun sampai kat negara k ...
ADVERTISEMENT