Berikutan kecaman demi kecaman dilemparkan terhadapnya berikutan menyuarakan pendiriannya yang tidak setuju dengan penutupan sementara kelab Comedy Crackhouse, Afdlin Shauki tampil memberi penerangan atas tindakannya itu. Dalam masa sama, Afdlin menegaskan dia 'sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam'.
Pelawak berkenaan bagaimanapun memaafkan semua pihak yang melemparkan tohmahan terhadapnya. Afdlin menjelaskan dia tidak setuju dengan penutupan itu adalah kerana ia menyentuh isu periuk nasi orang yg mencari rezeki dengan membuat komedi. "Tapi bayangkan seorang datang ke tempat kerja awak dan tiba-tiba mendajal korang semua sampai tempat kerja semua kena tutup. Apa perasaan anda?" persoalnya. Afdlin juga tidak menafikan apa yang dilakukan pelawak wanita tempoh hari dengan menanggalkan tudung dan pakaiannya selepas mengakui menghafal 15 juzuk al-Quran sebagai penghinaan terhadap Islam. "Saya berdiri untuk isu ni kerana saya juga ada restoran komedi yang berbentuk keluarga Comedy Planet dahulu. Cuma saya buka pada student student komedi saya supaya diorang boleh ada tempat untuk belajar, menjadi lebih baik dan pada waktu yang sama boleh buat duit sikit. "Open mike kami lakukan dan di buka untuk orang yg nak mencuba dan di restoran saya tak pernah kami alami apa-apa penghinaan kepada agama pasal SOP yang kami beri pada pelawak. "Jadi, penutupan sementara untuk membantu siasatan polis silakan. Tapi, Bila saya dengar berita crackhouse akan di tutup, saya agak terkejut kerana ini tempat di mana ramai pelawak ternama di kaca TV sekarang mendapat permulaan mereka," jelasnya. Di penghujung coretannya, Afdlin berharap agar penghina Islam dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|