CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal Keselamatan Baru Lepas 'Minum' Ditahan Bawa Pedang Samurai

11-7-2022 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1867| Komen: 5

Tindakan seorang pengawal keselamatan membawa pedang samurai dalam keretanya membawa padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sekitar pekan Sitiawan, kira-kira pukul 5.30 pagi.


Pengawal keselamatan yang ditahan kerana membawa pedang samurai dalam keretanya di Sitiawan semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM

“Ketika melakukan rondaan, anggota tersebut melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.


“Apabila diperiksa, polis menemukan sebatang sarung besi panjang dan sebilah pedang samurai dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang dipandunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Nor Omar, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan kes pergaduhan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pedang itu milik suspek yang sentiasa berada dalam keretanya dan digunakan sewaktu menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.

Jelas beliau, ketika ditahan, suspek baru selesai minum dengan rakannya di sebuah kafe di Sitiawan.

Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. 


Sumber: UTUSAN 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 11-7-2022 07:43 PM
pengawal keselamatan dengan rekod jenayah, pergaduhan???
Quote Skuau 11-7-2022 07:46 PM
belantan pon..belantan la...
Quote tumpanglalu74 11-7-2022 09:03 PM
images.png
Quote kakikuDibibirmu 11-7-2022 09:05 PM
Superhuman Samurai pun best jugokkk sebab ada Matthew Lawrence

[youtube]N34MmqmxqD0[/youtube]
Quote kelip2_07 12-7-2022 12:35 PM
byk gak guard yg ade rekod kn..msti tipu tapisan keselamatan nie

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.108282 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top