CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Lelaki Ditahan, Wanita Hina Islam Bakal Disambung Reman

11-7-2022 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2411| Komen: 2

Polis menahan teman lelaki pelawak wanita yang didakwa menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan lelaki itu di Kuala Lumpur pada Ahad.

"Lelaki tersebut direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Noorsiah berkata, pihaknya akan buat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.


"Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan," ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 12-7-2022 03:56 AM
Nak join sajat ke?
Quote mh17 12-7-2022 01:00 PM
Katanya da murtad,lately byk btol kes2 murtad gni dr ummah perak,kalau rajin g lah tgok kt fb sh.fearl.tp aku x sure dorg menetap atau mmg asal perak[em:14:]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.149687 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top