Syarikat insurans Amber Heard menolak untuk membiayai sebahagian tuntutan saman berjumlah AS$8 juta (RM35 juta) yang dikenakan terhadap aktres itu oleh bekas suaminya, Johnny Depp.
Amber mempunyai polisi liabiliti bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta) dengan Syarikat Insurans Am dan New York Marine dan aktres itu berharap dapat menggunakan wang tersebut untuk menampung sebahagian daripada saman yang perlu diselesaikannya. Lapor TMZ, polisi itu meliputi pelbagai jenis salah laku termasuk fitnah, tetapi terdapat klausa yang mungkin menyebabkan syarikat tersebut enggan membayar sebahagian saman itu.
Di bawah undang-undang California, syarikat tersebut menyatakan pihaknya boleh menolak membayar sebahagian saman berkenaan jika dia didapati melakukan kesalahan ‘secara sengaja’. Marin New York menyatakan, berdasarkan penilaian yang dibuat hakim dan juri, mereka mendapati tuduhan yang dilakukan Amber adalah disengajakan dan berniat jahat. Sehubungan itu, syarikat insurans berkenaan mahu menungu hakim mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam pembiayaan saman Amber berdasarkan polisi yang diambil aktres terbabit. Pasukan peguam Amber sebelum ini menuntut supaya kes tersebut dibicarakan semula apabila mendakwa seorang daripada juri mempunyai identiti yang bercanggah, sekali gus menjejaskan pembuatan keputusan. Selepas kalah dalam perbicaraan dengan Depp, Amber sehingga kini masih enggan menerima kenyataan tersebut dan mencari jalan untuk memastikan tuntutannya adalah berasas. Sumber: Utusan
|
beatgirlX replied at 11-7-2022 08:16 PM
Entah la..x de rasa Sian pulak
ADVERTISEMENT