CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Koma Selepas Pembedahan Kosmetik

11-7-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2635| Komen: 13

Seorang pakar kecantikan lumpuh otak selepas melakukan pembedahan kosmetik di Poland bernilai lebih RM95,000.

Ekoran kegagalan pembedahan itu, keluarganya membuat laporan polis bagi menyiasat kejadian sebenar yang berlaku kepada Beata Filipek, 57, yang koma selepas pembedahan pergigian.


Keluarganya yang menetap di Leeds, West Yorkshire mendakwa Beata diberi fentanyl semasa prosedur dan mengalami tindak balas kimia yang buruk sehingga menyebabkan kerosakan otak kekal.


Foto: Ben Lack Photography Ltd

Mereka mengatakan Beata, seorang warga Poland yang aktif bersenam setiap hari, namun mula mengalami kerapuhan tulang di rahang bawahnya.


"Justeru, dia mahu membuat implan bagi mengekalkan penampilannya.

"Dia menempah prosedur tersebut di bawah anestetik di klinik pergigian swasta di Lublin, timur Poland pada 13 April lalu," ujarnya dipetik dari Mirror.co.uk.

Pada petang hari kejadian, dia menghantar mesej kepada ibu saudaranya bahawa dia telah menandatangani semua persetujuan supaya rawatan dapat dilakukan.

"Ia sepatutnya berlangsung selama 90 minit, tetapi dia terpaksa menunggu selama dua jam sehingga dirinya pulih daripada anestetik.

"Bagaimanapun, selepas pukul 7 malam, tiada panggilan telefon diterima," ujarnya yang terus ke klinik kerana bimbang dengan keadaan anak saudaranya itu.


Beata sebelum pembedahan
Foto: Ben Lack Photography Ltd

Tambahnya, setiba di klinik dia dikejutkan dengan Beata yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di samping pemakaian topeng plastik pada muka.

Malah klinik tersebut juga menyatakan akan mengembalikan wang bayaran selepas rawatan implan tidak dapat dilakukan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sue_liah 11-7-2022 04:28 PM
aduh..seram nya, tk pasal2 terbaring kaku seumur hidup
Quote dua_chzy 11-7-2022 04:37 PM
Edited by dua_chzy at 11-7-2022 08:40 AM

Kalau jadik kes macam ni kan,

kan ke seblom prosedur ko dah sign segala consent form kan,

so bila jadik menda tak diingini seperti yang stated dalam consent form tu/penerangan doktor,

masih boleh ke ko nak saman/ambik legal action? Tak ke tipis ja peluang ko nak menang?
Quote dua_chzy 11-7-2022 04:40 PM
Acik @takayama boleh tak jawab secara ringkas soklan #3 di atas?
Quote sharlenetexas 11-7-2022 05:29 PM
Manakala lucinta luna pula bedah buang halkum. Ngeri tengok.

Quote Nnoor2 11-7-2022 05:29 PM
Kena terima kecantikan manusia takkan kekal bila usia bertambah.  Nak kekal kulit tegang  , nampak muda semua tu mustahil sebab usia kita makin meningkat tua...ke arah kematian...x logik betul la nk kekal muda lawa....terimala kenyataan...dan kita semua akan MATI...itu mmg BENAR akan terjadi
Quote sharlenetexas 11-7-2022 05:37 PM
Kalau tulang rahang rapuh, baik dapatkan nasihat perubatan dulu. Bukannya jumpa pakar kecantikan.


Quote takayama 11-7-2022 07:57 PM
dua_chzy replied at 11-7-2022 04:37 PM
Kalau jadik kes macam ni kan,

kan ke seblom prosedur ko dah sign segala consent form kan,

selain drp consent form, Dr yg attend kena maklumkan juga kesan jangka panjang dan pendek sekiranya berkaitan dgn sesuatu rawatan @ pembedahan dan patients kena maklumkan juga pd Dr history diri dia dan alahan ubat sekiranya ada dan etc
ada situasi yg mana mahkamah tolak consent form tersebut sekiranya pihak peguam dpt membuktikan terdptnya negligence di pihak Dr seperti semasa operation sdg dijlnkan tetiba ada benda tertinggal dlm bdn patients tetapi sekiranya Dr dah ikut semua procedure secara betul dan tertib dan Dr boleh set aside the claims
Harap membantu
Quote dua_chzy 11-7-2022 08:47 PM
takayama replied at 11-7-2022 11:57 AM
selain drp consent form, Dr yg attend kena maklumkan juga kesan jangka panjang dan pendek sekirany ...

Gitu. Tenkiu acik atas penerangan ringkas. Aiol tanya sebab mana la tau kena menghadap isu ni nanti jika kena jalani hapa2 health related prosedur di hospital swasta/gomen.
Quote sharlenetexas 11-7-2022 09:00 PM
Jiran iols buat implan gigi lepas tu dia kena kanser.


Quote Suchi 11-7-2022 09:28 PM
sharlenetexas replied at 11-7-2022 05:29 PM
Manakala lucinta luna pula bedah buang halkum. Ngeri tengok.

Apa kesan buang adam apple ni ya?
Quote .HannahMontana. 11-7-2022 09:43 PM
masa muda saja muka cantik kulit cekang

walaubagaimanapun setelah kita berusia , semakin tua ,  rupa ,kulit muka dan badan xde setara semasa muda  lagi TETAPI pengorbanan kita , kebaikan dna kebajikan yang selama ini kita buat itulah yang akan menambah value terhadap diri kita , yang mana value mcm ini orang muda kulit cekang xde !

xperlu risau kalau semakin tua  nanti suami cari org muda

hati orang lama ini bukan  macam tisu babe , semakin sakit semakin  kuat

rugi dohhh jantan tongong pergi cari perempuan muda

Berbalik kepada topic ini , uhmmmmmmmmmmmmmmm takziah  , anda tongong !
Quote sukacactus 11-7-2022 11:46 PM
Teringat arwah suami kak long
Asalnya nak buang wisdom tooth je pun, know2 jadi balu terus dia
Quote Tinot7 12-7-2022 01:20 AM
Takziah kpd keluarga..
Kerapuhan tulang di rahang bawah ni amender?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.620348 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top