CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak Sempat Beli Rumah Guna Hasil Samun

11-7-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1503| Komen: 3

Media negara seberang melaporkan tiga suspek rompakan sebuah rumah di Grogol Petamburan, Jakarta Barat pada 3 Julai lalu membawa lari jongkong emas seberat lima kilogram (kg) dan sijil bon serta beberapa barangan berharga lain sebelum hasil itu dijual serta diagihkan sesama mereka.


Malah, Kompas melaporkan, seorang daripada mereka sempat membeli rumah dengan hasil samun itu.


Rumah disamun tiga suspek minggu lalu. FOTO Agensi

Jurucakap Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Barat, Joko Dwi Harsono dalam sidang media Jumaat lalu mendedahkan, suspek membeli rumah di daerah Bekasi, Jawa Barat.


"Hasil samun dibahagikan dan digunakan untuk keperluan harian serta membayar hutang.

"Seorang suspek mampu membeli rumah di Bekasi dan menghantar wang untuk anaknya yang sekolah di luar negeri," katanya yang dipetik Kompas.

Joko berkata, terdapat sijil sekuriti yang dicuri suspek, namun dibuang begitu sahaja kerana kesukaran untuk menjualnya.

"Ia dibuang kerana enggan perbuatan terbongkar sekiranya dijual," katanya memaklumkan semua suspek sudah lama memantau pergerakan rumah mangsa sebelum menyamun.

Ketika ini, polis masih memburu seorang lagi suspek dengan nama Siswanto yang dikatakan memperoleh hasil samun lebih banyak berbanding rakannya yang lain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 11-7-2022 12:10 PM
Pak polisi....

Cari aje Siswanto itu di sg buloh atau di chow kit Pak.....
Quote matamata 11-7-2022 12:11 PM
03_2000_550.jpg
Quote Skuau 11-7-2022 12:20 PM
BERITA CAPRUT...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.137412 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top