CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelawak Wanita Tanggal Baju Direman, Polis Buka Kertas Siasatan

11-7-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1696| Komen: 2

Polis menahan wanita yang didakwa menghina Islam dengan membuka tudung dan baju kurungnya ketika membuat persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.


Pelawak dikenali sebagai Amira Natasha Abdullah, 28, ditahan jam 10.45 malam kelmarin di Taman Jaya, Jalan Gasing, di Petaling Jaya.

“Suspek yang mendakwa berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu telah ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


TikTok

“Polis turut melakukan pemeriksaan ke atas wanita itu dan berjaya merampas beberapa barangan antaranya baju kurung, tudung, skirt pendek dan telefon bimbit yang dipercayai dipakainya semasa membuat persembahan komedi itu,” ujar sumber, semalam.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi petang semalam mengesahkan penahanan wanita itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi satu kenyataan ringkas semalam mengesahkan wanita yang ditahan itu direman tiga hari bermula 10 Julai hingga 12 Julai 2022.

“Suspek kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields buat masa sekarang dan siasatan masih di teruskan ke atas individu tersebut,” tegasnya.

Dalam kenyataannya, Noorsiah menjelaskan bahawa, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah membuka satu kertas siasatan dan memulakan siasatan bagi menyiasat penularan video itu.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298a Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.



Sementara itu, Crackhouse Comedy Club (CH) yang menjadi lokasi seorang wanita mengaku Islam dan menghafal al-Quran menanggalkan pakaian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu terbabit dan membuat laporan polis terhadapnya.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita memperkenalkan diri sebagai penganut beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan tudung dan pakaiannya di khalayak ramai ketika membuat persembahan komedi solo.




Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-7-2022 11:42 AM
Yennadey reputz, udah berape tred dah pase sundal sekor ni..
Quote Simunggu 12-7-2022 11:23 AM
yg setan ada BF dia hindu tu...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.912277 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top