CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sanggup Menghadap Suami 'Hitam', Pengantin Batal Upacara Kahwin Di Saat Terakhir

11-7-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5474| Komen: 57

Seorang pengantin perempuan di India nekad membatalkan perkahwinannya hanya disebabkan sukar menerima warna kulit pasangannya yang didakwa terlalu gelap.

India Times melaporkan Neeta Yadav dikahwinkan dengan Ravi Yadav dalam majlis berlangsung di Bharthana, Etawah, Uttar Pradesh namun hilang 'rasa' untuk meneruskan upacara perkahwinan pada saat terakhir.


Gambar hiasan

Dia menyatakan hasrat membatalkan pernikahannya ketika upacara 'pheras' kedua dan tidak melengkapkan tujuh tawaf mengelilingi api suci.

Dakwa Neeta, pengantin lelaki yang diperkenalkan kepadanya sebelum ini bukanlah lelaki yang dinikahinya pada hari itu dan dia tidak menyukai warna kulit pasangannya kerana terlalu gelap.


Ahli keluarganya merayu agar Neeta meneruskan upacara itu namun wanita itu meninggalkan majlis selepas enam jam usaha memujuk gagal.

Pernikahan itu dibatalkan dan bapa pengantin lelaki membuat laporan polis kerana mendakwa barang kemas bernilai ribuan rupee yang diberikan kepada pengantin perempuan sebagai hadiah tidak dikembalikan kepada mereka.

Selain itu, pengantin lelaki turut memaklumkan maruahnya tercalar akibat penolakan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itik_magic 11-7-2022 11:12 AM
dari dulu hitam selalu disisihkn... hitam itu kesunyian.... hitam itu kejahatan.. sbb krim pemutih laku keras.
Quote kakikuDibibirmu 11-7-2022 11:14 AM
Jynx tersenyum sinis

Quote shernazz 11-7-2022 11:15 AM
Adakah sebelum ni yang dikenalkan tu adek..
Pastu bila nak.kawen tu abang yang datang...
Jadi pomouan tu rasa tertipu kerana gelap beno buka katup.lampu boleh takajut si bini...
Quote imransulaiman 11-7-2022 11:56 AM
Teringat pula meme order barang shopee vs. barang yang sampai versi Aina Abdul vs. Vida!

Hahaha hahaaaaaa!
Quote intan244 11-7-2022 12:09 PM
menipu tu kenalkan org lain bg kawen org lain. keputusan bijak bride tu. agaknya yg kenalkan tu xnak plak kat pompuan tu.
Quote Atata 11-7-2022 12:10 PM
kakikuDibibirmu replied at 11-7-2022 11:14 AM
Jynx tersenyum sinis {:mlwa2: ...

Knp mcm siti kassim kartun ni
Quote jazaa100 11-7-2022 12:13 PM
Boleh main tukar tukar pulak.....

Agaknya yg hitam ni susah sgt jodohnya....tu yg kena upah org lain masa kenalkn kat neeta....

Sapu je fair & lovely.....tak pun masukkn vit c thru drip.....
Quote Skuau 11-7-2022 12:19 PM
bdk kedah tu boleh...awat hang x boleh...apa da
Quote sukacactus 11-7-2022 12:21 PM
Dia ada hak memilih kot
Dah terlajak jd laki kang hari2 terpaksa rela ngadap
Quote umbut 11-7-2022 12:26 PM
Nak main x leh top lampu, x nampak apa2.. Gelap je tetiba nampak gigi
Quote 3480 11-7-2022 12:50 PM
Pompuan tu pon leh report polis sbb pihak laki menipoo
Quote ellejo 11-7-2022 01:10 PM
kalo hitam kaya takpe la dek. akak pun rela hitam kaya. bab anak nanti takpe genetik akak akan mendunia. ni dahla rupa below par, duit sendu, perangai menipu.
Quote unoryah 11-7-2022 01:26 PM
beraninya seorang Neeta..tak takut dikelar ke?

Quote b_n_c 11-7-2022 01:30 PM
jazaa100 replied at 11-7-2022 12:13 PM
Boleh main tukar tukar pulak.....

Agaknya yg hitam ni susah sgt jodohnya....tu yg kena upah org lai ...

tringt citer sivaji the boss

awek tu xnak kt hero, ckp kulit rajnikant tu gelap
pastu rajnikanth suruh pekerja dia g borong cream fair n lovely berkoyan..
Quote syamzana 11-7-2022 01:34 PM
dah menipu mendapat larr. buat rugi je kenduri dah berlangsung sekerat jalan, malu pun ye jugak pengantin laki tu.
Quote Suchi 11-7-2022 01:39 PM
Mana gambo nya nak tgk sikit? Mana ada org hitam kaler cekelat adalah cuma ada yg dark cekelat, extra dark cekelat, milk cekelat caramel, butterscoth
Quote Decaffeinated 11-7-2022 02:00 PM
Kat Uttar Pradesh boleh lah nak memilih

Kalau kat Tamil Nadu ko komplen gelap alamat andartu forever lah kau dek

Quote ChildrenOfBodom 11-7-2022 02:03 PM
Bercinta online ja la selama ni? Kena catfish??
Quote gideoncross 11-7-2022 02:48 PM
ChildrenOfBodom replied at 11-7-2022 02:03 PM
Bercinta online ja la selama ni? Kena catfish??

Tu dh artikel stated pngntin prmpuan mula2 d knalkn dgn llaki lain tpi msa khwin dgn llaki trlmpau "cerah" ni plak, tu yg pngntin prmpuan x jdi.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.175564 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top