Penyanyi Elyana tidak menyangka apabila pembantu rumahnya yang sudah berkhidmat dengannya selama tiga tahun melarikan diri tanpa sebab sejak seminggu lalu.
Penyanyi Elyana, 35, menerusi Instastory memohon jasa baik orang ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri tanpa sebab sejak seminggu lalu. Dia juga meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Isniwati dan sudah berkhidmat dengannya selama tiga tahun sanggup berbuat demikian sedangkan dia memiliki perwatakan yang sangat baik, malah sentiasa bertelekung di rumah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Elyana dalam InstaStory miliknya, pelantun lagu Niat itu meminta orang ramai supaya membantunya mengesan pembantu rumah berasal dari Lombok, Indonesia itu yang disifatkan sebagai ‘akal panjang’. “Di rumah bertelekung sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana. Dalam perkongsian itu juga, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan detik pembantu rumah terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam pada waktu malam. Suaminya, Khairul Anuar Husin ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia telah mendapatkan khidmat pembantu rumah melalui ejen sejak tiga tahun lalu. Kata Khairul lagi, dia bersyukur apabila pembantu rumah itu tidak melakukan jenayah lebih berat seperti mencuri atau membawa lari bersama barang-barang berharga ketika keluar dari rumahnya. “Setakat ini tidak ada lagi barang-barang yang hilang,” katanya ringkas. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:42 AM
Takde siapa nak komen ke
oggy replied at 11-7-2022 12:44 AM
Sebab tak nampak apa gosipnya di sini
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
“Di rumah bertelekung sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,”
Mademoisellee replied at 11-7-2022 01:00 AM
Pastu iols ingat dia moody pasal maid lari, dia ada la juga mention pasal maid, minta tolong semua ...
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Mademoisellee replied at 11-7-2022 01:00 AM
Pastu iols ingat dia moody pasal maid lari, dia ada la juga mention pasal maid, minta tolong semua ...
Orix replied at 11-7-2022 01:20 AM
elyana merempan ke ? psal ap plak
hangdenim replied at 11-7-2022 03:42 AM
Cer citer chuols cer citerr. Iols pergi ig elyana bermangga la puler.
missyL replied at 11-7-2022 02:02 AM
Ape die u die ckp
Curiousityyy plk i nie
Diamje replied at 11-7-2022 09:07 AM
Baca kt mstar ,elyana meluah pasal org terdekat dia. Tah la die ni. Die perli shuben die ke.. aku bu ...
ADVERTISEMENT