Polis menahan bekas pemain bola sepak kebangsaan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Johor Bahru, semalam.
BH Online melaporkan, suspek, 36, dikatakan pernah menyertai beberapa pasukan dalam saingan Liga Super, selain menyarung jersi Harimau Muda dan Harimau Malaya. Berdasarkan maklumat, bekas pemain itu dikatakan ditahan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara. BH Online masih berusaha mendapatkan pengesahan polis mengenai tangkapan itu.
Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka itu pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Sumber: Harian Metro
|
prizadane replied at 10-7-2022 11:08 PM
Amirul Hadi Zainal kan ni?
RVP20 replied at 11-7-2022 07:09 AM
Anak ZAH. Memang selalu ada problem dia ni.
Dah elok2 masuk coaching team pun still buat hal.
prizadane: Amirul Hadi Zainal kan ni?
axl_bach replied at 11-7-2022 07:55 AM
Biar btol AHZ tu anak ZAH? Bkn Zaiza je anak ZAH?
RVP20 replied at 11-7-2022 07:09 AM
Anak ZAH. Memang selalu ada problem dia ni.
Dah elok2 masuk coaching team pun still buat hal.
ADVERTISEMENT