CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Baby Bump Besar, Adira Mengandung Lagi Ke Tu?

10-7-2022 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4891| Komen: 20

Penyanyi Adira Suhaimi, 31, sepertinya kini sarat hamil anak keempat, apabila 'baby bump' semakin kelihatan dalam perkongsian videonya di Instagram ketika bersiar-siar bersama tiga anaknya di ibu kota.


Menerusi video yang dikongsikan Adira semalam, memaparkan dia begitu sibuk mengawasi anak-anaknya.


IG Adira

Namun, ia begitu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bertanyakan mengenai kandungannya serta mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Pujaan Hati itu.

Menariknya, dalam video itu Adira berkongsi kata-kata motivasi yang mengingatkan kita agar tidak membuang masa dan tenaga untuk membalas setiap kejahatan dan perkara tidak baik dilakukan orang lain terhadap diri kita.



IG Adira

Hasil tinjauan Harian Metro di ruangan komen pula, kebanyakan netizen memuji penampilan Adira yang dilihat berseri-seri walaupun sarat hamil.

Adira yang dilihat turut membalas komen sebahagian pengikutnya mengucapkan terima kasih termasuk meninggalkan emoji tertentu.



Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan lanjut Adira tidak berjaya apabila beberapa panggilan telefon dibuat kepadanya tidak dibalas termasuk panggilan menerusi WhatsApp.

Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 10-7-2022 11:57 PM
Kelam kabutnye reporter pun nk kol2 dia bagai nak tanya psl pregnant... Xda berita lain ke kome nk kejo. Bior jela dia pregnant tiap tahun pn.. Dia suri rumah, laki kaya, duit dia pn bnyk, ada bibik. Kalo laki nk anak tiap tahun pn xda hal.. Mende la
Quote royaldanish 11-7-2022 12:34 AM
Aman aman je sheols sekarang
Quote afie_m 11-7-2022 01:06 AM
Tahniah..masuk ni 4lahkan
Quote AKAZ85 11-7-2022 07:20 AM
Ape laa disibukkan sangat org tu mengandung ke ape ke.. Dah berlaki suka hati dia laaa
Quote ashilalat 11-7-2022 07:26 AM
Baru 31 ke umonya? Ingatkn mcm dah lama dlm industri,mcm dah tua
Quote Jiddin 11-7-2022 07:40 AM
Edited by Jiddin at 11-7-2022 07:42 AM

Ada ketika aku rasa Adira mesti rasa nyesal kawin dgn laki dia. Aku rasa laki dia low key keeps trapping her in the marriage by keeping her pregnant and making her depends on him. Ada ketika bila Adira buat percubaan comeback
only to learn she's pregnant again hence diam balik. Aku rasa Adira ni budak baik. Too bad end up mcm ni.

Well...that my speculation la khuens. Entah2 bahagia ja dia ngan laki and anak2. But I strongly tak percaya frequent pregnancy means
kebahagiaan. Some narcissistic spouse trap their partners with pregnancy which is so scary.
Quote eyansss 11-7-2022 07:43 AM
Jiddin:    Edited by Jiddin at 11-7-2022 07:41 AM  Ada ketika aku rasa Adira mesti rasa nyesal kawin dgn laki dia. Aku rasa laki dia low key keeps trapping her ...


adira ni perlukan father figure dalam life dia…  pastu laki dia pulak pandai manipulate, hence, sampai kini la masih berjodohan…  cuma satu je nak cakap kat Adira…  good luck ya jadi kilang anak sebab laki dia memang cakap nak anak berkoyan2…  bini pun dia nak berkoyan2…
Quote adelea 11-7-2022 08:02 AM
I feel sorry for you girl really sorry …
No matter for reason you marry that man …

Quote kiah_mai_pulak 11-7-2022 08:03 AM
dh kena kongkek dgn tok bu.Red mmg ngndung lahh. lain lah dia janda
Quote kiah_mai_pulak 11-7-2022 08:04 AM
ashilalat replied at 11-7-2022 07:26 AM
Baru 31 ke umonya? Ingatkn mcm dah lama dlm industri,mcm dah tua

join af ritu umur belasan lagi tak silap
Quote imanjannah 11-7-2022 08:25 AM
bini dia yg tin red tu ada ngandung yg terkini x? umur ank bongsu tinred berapa?
Quote lee_sakura 11-7-2022 08:26 AM
murah rezeki tang anak dia ni
Quote piep 11-7-2022 08:29 AM
owh sebaya la kita.. ad soft spot kt adira ni.. x taw la apa yg hebat nya si red tu smpai ank ke4 da.. harap2 berkekalan dan bahagia la.. jgn anak dah besar nnt bru la x sefahaman nk cerai. adira pun nmpknya dah okk dengan madu. harap aman2 jela ye, walupon dapat rasa penatnya beranak rapat2, dgn ayah dorg x selalu ada utk menolong..
Quote makcun14 11-7-2022 08:32 AM
Jiddin replied at 11-7-2022 07:40 AM
Ada ketika aku rasa Adira mesti rasa nyesal kawin dgn laki dia. Aku rasa laki dia low key keeps trap ...

I setuju. Jenis laki kalau bini merajuk sikit, terus pujuk sampai bini preggy .
Quote Suchi 11-7-2022 09:27 AM
Banyak makan lemang n daging korban kot
Quote orkidorkido 11-7-2022 12:39 PM
Semoga bahagia adira

Si red takdelah kaya, kalau tak takdelah bini-bini duk meniaga macam tu, duk rumah cam gitu. Lain kali kalau nak laki kaya, periksa betul-betul. Barulah berbaloi jadi bini kedua
Quote ren14 12-7-2022 01:24 PM
Jiddin replied at 11-7-2022 07:40 AM
Ada ketika aku rasa Adira mesti rasa nyesal kawin dgn laki dia. Aku rasa laki dia low key keeps trap ...

myfriend macam tu la dari ank 1st asik la mengadu nak bercerai.pastu gaduh,baik then pregnant.sudahnya anak keci-kecik berderet.nak mintak cerai kesian kat anak2
Quote Lavender_Violet 12-7-2022 01:29 PM
Dia ada laki kot....biar jek lah dia nak pregnant brp kali pun
Reputz ni pun.....kecoh betholllll
Quote SherryZass 12-7-2022 01:47 PM
Jiddin replied at 11-7-2022 12:40 AM
Ada ketika aku rasa Adira mesti rasa nyesal kawin dgn laki dia. Aku rasa laki dia low key keeps trap ...

well, aku setuju dengan komwn chuolls walaupun kita orang luar tak tau keadaan & duduk sebenar rumah tinggal diorang.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049804 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top