CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nekad Roboh Rumah Sebab Enggan Didiami Bekas Isteri

10-7-2022 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1922| Komen: 5

Gara-gara enggan membiarkan rumah didiami bekas isteri walaupun tapak tanah adalah milik wanita itu, seorang lelaki merobohkan kediaman berharga 500 juta rupiah (RM147,793) selepas mereka sah bercerai.


Menerusi paparan video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa jentera berat sedang merobohkan rumah tersebut.

Menurut TribunNews, bekas isteri Suaib menumpang di rumah abangnya selepas semua barang di dalam rumah itu dikeluarkan, manakala lelaki berkenaan tinggal bersama ibu bapanya.


Jentera berat yang digunakan untuk merobohkan rumah milik penduduk di Pulau Madura, Jawa Utara selepas bercerai dengan isterinya. - Kompas


Bapa saudara Suaib, Abdul Hannan berkata, sebelum aktiviti meroboh dijalankan, sudah beberapa kali perbincangan dilakukan antara Suaib dan bekas isterinya.

Pertemuan itu bahkan dipantau oleh Mahkamah Agama Pamekasan dan wakil kedua-dua keluarga berkenaan.

Namun, ia tidak berjaya mencapai kata sepakat apabila Suaib berkeras untuk merobohkan rumah tersebut.

Abdul Hannan juga ada menasihatkan supaya rumah itu diserahkan kepada anak-anak mereka, namun tidak diendahkan.

Difahamkan, perobohan itu dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 11-7-2022 04:09 AM
berita caprut.jpg
Quote Perawankota 12-7-2022 01:50 AM
Rumah nmpk lawo tapi murahnya
Quote SalenaGomez 12-7-2022 07:11 AM
Ni namanya pendek akal…

Kalau tetiba rujuk balik dgn ex wife tu, mcm mana?

Lagi pon rumah tu, anak2 juga duduk kan

Harta dunia bkn boleh bawak mana pon. Satu apa pon x dpt bila dirobohkan. At least minta pampasan skit dr ex wife pon ok la juga … itulah kalau marah kuasai jiwa
Quote norawestallen 12-7-2022 08:26 AM
Pendek akak betul hahaha
Quote norawestallen 12-7-2022 08:27 AM
Opps. Pendek akal

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.042249 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top