CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Berjinak Dengan Anjing, 'Come On' Lah' - AC Mizal

10-7-2022 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5300| Komen: 36

Pengacara Datuk AC Mizal, 52, enggan memberikan sebarang komen berhubung hantarannya berkisar isu berjinak dengan anjing yang kurang disenangi netizen.

AC yang juga pemilik stesen Suke TV cuma memberikan respon ringkas terhadap perkara itu.

"Tak mengapalah, tiada komen. Terima kasih kerana bertanya. Saya sangat menghargainya. Kita cerita pasal Suke TV sajalah, terima kasih. katanya menerusi WhatsApp.


Add Image Caption Here


Terdahulu, heboh di media sosial apabila hantarannya mendapat kritikan ramai kerana mempertikaikan tindakan individu tertentu yang berjinak dengan anjing demi meraih perhatian.


Terdahulu, heboh di media sosial apabila hantarannya mendapat kritikan ramai kerana mempertikaikan tindakan individu tertentu yang berjinak dengan anjing demi meraih perhatian.

"Tak payahlah nak berjinak dengan anjing 'come on' lah aduh. Kalau betul nak bagi binatang makan bagilah kucingkah? Pasal nak perhatian punya pasal sampai buat kerja tak senonoh.

"Memanglah tak sentuh! Tapi kalau nak sangat bagi makan kat binatang bagilah kat kucing haiwan kesayangan Nabi!" tulisnya menerusi hantaran itu.

Hantaran terbabit turut mendapat perhatian doktor haiwan dikenali sebagai Dr Ima yang menyelar kenyataan AC sebagai tidak bijak.

"Saya minta maaf Datuk. Ini bukan hal yang bijak untuk diberitahu kepada orang awam kerana kamu adalah figura awam. Kalau kamu tidak boleh atau tidak mahu lakukannya, kamu tiada hak menasihatkan orang lain untuk tidak melakukannya.

"Tiada yang menafikan bahawa kucing memang haiwan kesayangan Nabi, tapi anjing pun kena layan dengan baik. Jangan lupa, ada hadis menceritakan tentang kisah seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana member minuman kepada seekoranjing yang kehausan.

"Boleh kamu bayangkan pahala apabila dapat memberi makan kepada anjing yang kelaparan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal!" kata doktor berkenaan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 10-7-2022 01:32 AM
bodonya. dgn hewan pun nak didiskriminasikan. eh hello datuk bengap, bini ko alter hidung pun sbb nak pujian dan perhatian org ramai.
Quote hyie 10-7-2022 01:39 AM
meols ok je nak bagi hanjeng makan, namun idok le sampai bergomol2 bagai yach
Quote nakkomenjugak 10-7-2022 01:46 AM
alang2 gomol bear sekali
boleh bear tu ngap ko sekali toktv
Quote suterabiru123 10-7-2022 01:46 AM
Baik nasihatkan gol artis yg buat anjing sbgai binatang peliharaan..cth babi shima..eh eh baby shima..

Kesian try hard sungguh nk org kenal dia
Quote aammyy 10-7-2022 02:03 AM
Bukankah Harith tu geng2 dia jugak?
Quote lyshafull 10-7-2022 02:13 AM
Pelik la ko nie
Tpi ade ade stau tiktok ni suka bgi makan dekat stray dog siap TPS bagi sumbangan lagi
Quote diamond_intan 10-7-2022 03:05 AM
Gitula bila ckp dulu br pk
Quote akuHavocczz 10-7-2022 08:48 AM
Bak kata warga twitter. Kau melawak pun asyik nak melucah. Lagi anjing perangai dari anjing
Quote imransulaiman 10-7-2022 11:02 AM
Tu lah sebabnya buat baik berpada pada.. Nak buat baik pada haiwan, tak payah nak heboh.
Yeeeeeee tahu...kau nak heboh sebab nak jadi contoh ikutan. Tapi kalau sekadar sekali je...bergambar pun sengih macam sial, baik tak payah!

Kepada yang Muslim bela anjing sampai pelihara dalam rumah (wallllllaupun ada hamba abdi yang sentiasa bersihkan air liur), terserah! Bukan duit aku pun.


Sekian
Quote dudaberhias 10-7-2022 11:15 AM
tapi bukan nak kata la... orang kita sangat alergik dengan anjing dan sangat dangkal pemikirannya tentang haiwan2 seperti anjing... bagi makan pun ada je mata2 yang tidak suka dan akan menjoyah bercerita pada orang yang orang tu bagi makan anjing, macam seolah2 bagi makan anjing tu adalah dosa yang sangat besar berbanding berzina atau ambil rasuah... percaya lah orang macamni memang majoriti dalam masyarakat kita... tapi orang yang tidak suka atau menjoyah tu pulak sejenis mat rempit la dan jenis sembahyang pun pada hari jumaat je... yang betul2 alim ke ustaz2 takde la gitu pun iols tengok... nak kata terlebih islam... pakai seluar pun pendek... kalau yang pompuan... baju pun lengan pendek...
Quote spy_caridotdot 10-7-2022 11:27 AM
He nak kecam golongan moslim yang acah2 mencintai hanjing sambil belai2 tu me ok jah! But he said baik bagi makan kat kucen je tu me rasa nak lempang muka dia doploh kali!!!
Quote azurro 10-7-2022 12:51 PM
Bodohlah kau ni, sejuk hati aku tngk org bg mkn kucing/anjing jalanan. Bab bg mkn nk ikut cra nabi pulak, yg lain² ? dulu zaman nabi ada wanita ahli maksiat bg minum anjing terus Allah ampunkan dosa.
Quote Mulotkoyak 10-7-2022 04:22 PM
Salah sekor artis yg suke menegur org buat salah tp bila dia kne tegur sentap muka mcm palat. Perangai macam gampang. Ramai retis begini. Ni salah satunya. Cer try kalo die kne kecam plak...
Quote JunkMail 10-7-2022 04:41 PM
Halah halah halahhhh... Eloklah ada duit lebih kasi binatang makan.. Dari duit bertimbun tapi anak pun tak kasi nafkah..
Quote nooriesz 10-7-2022 05:29 PM
agk2 klu org ckp die bapak x guna sentap x??
Quote damian_lee 10-7-2022 05:39 PM
tapi paling afdhol
bagi makan kat darah daging sendiri first kan?

agituuu

to tak nak lari from cntext
actually berbuat baik kepada semua makhluk itu bagus
apa pun itu

my ustaz once said
“dosa dengan manusia kita boleh communicate minta maaf

dosa dengan lain makhluk mcm mana nak minta maaf?”

sbrnya jangan sampai membenci bahkan menganiaya anjing

agituu
Quote mclaren 10-7-2022 05:51 PM
JunkMail: Halah halah halahhhh... Elokla ...

Ouchhhhhhhh...

Dia kan dulu culas bagi makan (nafkah) kat anak dia dengam ex wife kan
Rasa macam dulu2 banyak kali ma
Quote SANKURIANG 10-7-2022 06:02 PM
Dr Ima tu kata...”adalah TIDAK BIJAK Ac kritik gitu..” tidak bijak,maknanya BODOh bertingkek la kan...seketol kena kat muka kerek si fiona bini Shrek ni...
Quote MissYouSayang 10-7-2022 06:16 PM
Kau tu lagi hanjeng dari hanjeng tu sendiri la ackiok . Siap anak2 kandung sendiri  dgn ex wife lama  pun merentan sebab diabaikan oleh kau hanjeng.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046927 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top