CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Pelajar Perempuan Ditahan Belasah Rakan

9-7-2022 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4267| Komen: 32

Enam pelajar perempuan dan seorang bekas pelajar dari sebuah sekolah menengah di Inanam ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pelajar lain tular di media sosial sejak malam Jumaat.


Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sejurus laporan polis dibuat bapa mangsa.


Rakaman video menunjukkan mangsa ditendang dan dipukul dalam kejadian pergaduhan membabitkan pelajar sekolah di Inanam

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, susulan laporan berkenaan polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu.


"Seramai enam pelajar dari sekolah yang sama dan juga seorang remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Zaidi menegaskan bahawa polis memandang berat kes berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli dan atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.

"Polis Kota Kinabalu juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa," katanya.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 21 saat di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar lain di sebuah kawasan lapang.

Tindakan mereka menumbuk dan menendang pelajar terbabit turut mendapat kecaman daripada warganet.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-7-2022 02:50 PM
Mesti nama masing2 penuh nur Islamik.
Quote dua_chzy 9-7-2022 02:56 PM
Telahan akak betul.

Nah video:
https://majoriti.com.my/berita/2 ... -bertudung-di-sabah
Quote addamnor 9-7-2022 03:32 PM
dua_chzy replied at 9-7-2022 02:50 PM
Mesti nama masing2 penuh nur Islamik.

Kalau cikki2 sundal remaja bergaduh tiada yang lain selain daripada berebut jantan kan. Choi sangat cikki remaja tanah air, itu je lah yang digaduhkan sesama rakan.. kalau 1-1 kecut kopek juga nak tibai lawan
Quote akusukaq 9-7-2022 03:42 PM
Bohsia n the geng. Yg direbut pun bojan. Mesti murid kelas ujung
Quote Decaffeinated 9-7-2022 04:13 PM
Macam lepuk manja ja.

Drama lah guling2 acah nak pengsan selamat lah ko dek.

Quote dua_chzy 9-7-2022 04:17 PM
Edited by dua_chzy at 9-7-2022 08:18 AM
addamnor replied at 9-7-2022 07:32 AM
Kalau cikki2 sundal remaja bergaduh tiada yang lain selain daripada berebut jantan kan. Choi sanga ...


Katanya berpunca dari ejek mengejek kemudian kak long kawasan budak dah tak sekolah/habis sekolah pegi masuk campo belasah2. Umo 13-17 ciki2 haus akhlak ini semua. Baca laporan akhbar Borneo online tadik.
Quote che-cikL 9-7-2022 04:53 PM
"Pengsan anak orang," macam cerita Berbagi Suami pulak.
Quote gideoncross 9-7-2022 04:59 PM
Fucking losers, buat malu kaum prmpuan je.
Quote gideoncross 9-7-2022 05:00 PM
dua_chzy replied at 9-7-2022 04:17 PM
Katanya berpunca dari ejek mengejek kemudian kak long kawasan budak dah tak sekolah/habis sekolah  ...

Kak long tu pun bodoh nak mampus, dah lah x skolah lgi, kki pukul plak pstu nnti nak laki yg sesuchi air Cuckoo.
Quote ezacbee 9-7-2022 05:02 PM
Cam bodo noo kalau berebut laki...
Quote gideoncross 9-7-2022 05:03 PM
akusukaq replied at 9-7-2022 03:42 PM
Bohsia n the geng. Yg direbut pun bojan. Mesti murid kelas ujung

Aiol kat Brunei terchenta ni pun dlu msa zmn skolah mnengah ada nmpk pompuan2 jnis camni, kki gaduh pstu yg d rebut tu llaki tah apa2 tah, bodoh je tngok. Dorg gaduh kmain lgi pstu llaki gelakkan, malu oi.
Quote dua_chzy 9-7-2022 05:04 PM
gideoncross replied at 9-7-2022 09:03 AM
Aiol kat Brunei terchenta ni pun dlu msa zmn skolah mnengah ada nmpk pompuan2 jnis camni, kki gadu ...

Jenis2 gini dah besar nanti jadik persis Ira Kazar tu la.
Quote gideoncross 9-7-2022 05:10 PM
ezacbee replied at 9-7-2022 05:02 PM
Cam bodo noo kalau berebut laki...

Kat skolah mnengah iol dlu ada girls prangai camni, psl llaki yg low class pun boleh dorg gaduhkan. Last2 umur dh bsar, khwin dgn llaki lain haha.
Quote gideoncross 9-7-2022 05:20 PM
addamnor replied at 9-7-2022 03:32 PM
Kalau cikki2 sundal remaja bergaduh tiada yang lain selain daripada berebut jantan kan. Choi sanga ...

Yg ni iol stuju haha, pastu llaki yg d rebutkan tu pun dsar Nauzubillahminzalik lol
Quote Tembikaigoreng 9-7-2022 05:34 PM
Paling kuat lah tu...LOL
Quote gideoncross 9-7-2022 07:18 PM
dua_chzy replied at 9-7-2022 05:04 PM
Jenis2 gini dah besar nanti jadik persis Ira Kazar tu la.

Nak jdi IK boleh tpi kna cri jerung bsar.
Quote LoveSungmin 9-7-2022 09:26 PM
harap maklum
FB_IMG_1657373047931.jpg
Quote jalfa 9-7-2022 09:36 PM
Harap maklong palo bapok dia kalo dekat dekat acik pi cepuk kepala ko dekk...kutir jubo..jahat sangat
Quote sukacactus 9-7-2022 09:44 PM
Ngok la buat jahat lg mau record2
Dah viral pandai pulak suruh delete

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054295 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top