CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Gunting Rambut Culik Bekas Kekasih Dan Anak Direman

9-7-2022 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1302| Komen: 2

Seorang tukang gunting rambut yang diberkas semalam selepas menculik bekas kekasih dan anaknya kini direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, M. Mageswary selepas permohonan dilakukan pihak polis.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek berusia 26 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau.


Gambar hiasan

“Hasil ujian air kencing dilakukan suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.


“Siasatan kini dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan gara-gara masih memendam cinta, seorang tukang gunting nekad menculik bekas kekasih dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika swasta di U12, di sini sebelum diberkas semalam.

Suspek yang juga seorang penagih dadah itu ditangkap kira-kira pukul 10.10 pagi tadi selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Semasa proses menyerah diri, suspek turut membawa kedua-dua mangsa berusia 33 dan 6 tahun. Kedua beranak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 9-7-2022 03:41 PM
Ada persamaan dgn kes bakar motor kat ppr smlm
Dua2 laki xmove on
Quote makneng 10-7-2022 10:15 PM
Ex-gf pun x sudi dekat kau yang kaki cautut. Sampai kena culik bagai. Berangan nak bela anak org. Nak bagi makan apa? Makan penampau hari2 ? B to the O to the D to the O to the H!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.094982 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top