CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Batal Rayuan Pendakwaan Farid Kamil

8-7-2022 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3519| Komen: 15

Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan ke atas pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari kepada denda RM5,000 mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.


Justeru, hukuman denda RM5,000 yang dikenakan terhadap pelakon terbabit oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dikekalkan. 

Dalam prosiding hari ini, Datuk Hanipah Farikullah yang mengetuai panel tiga hakim bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M. Gunalan. 

Foto: Utusan Online

Ujar Hakim Hanipah, mahkamah tidak dapat menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan pihak pendakwaan melanjutkan masa bagi membetulkan kesilapan dalam notis rayuan.

Menurut pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang, pihaknya terlepas pandang (oversight) berkenaan tandatangan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara dalam notis rayuan tersebut. 

Manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil berkata, berlaku kelewatan di pihak pendakwaan dalam memfailkan permohonan rayuan.

“Terdapat kelewatan selama lima bulan dari tarikh pengurusan kes terdahulu iaitu pada 21 Februari lepas dan pihak pendakwaan hanya memfailkan permohonan rayuan pada 6 Mei,” ujar Hisyam.

Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Farid Kamil yang didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari, 11 Jan 2018, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Pelakon itu juga dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak iaitu Farid Kamil hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Bagaimanapun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 manakala, hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mengambil kira bahawa Farid Kamil telah membayar kompaun kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian itu termasuk anggota polis berkenaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 8-7-2022 04:26 PM
youlendmeears replied at 8-7-2022 03:38 PM
Sumbat je lah FK ini dalam lokap.
Biar bini dia rasa .

knp ngan biniknyerr??
Quote Normabaru 8-7-2022 09:48 PM
pukul org penjara 13bln =5k

curi 2 paket milo rm70++ penjara 14bln

msia ni gila!
Quote ayukpingu 9-7-2022 09:08 AM
Normabaru replied at 8-7-2022 09:48 PM
pukul org penjara 13bln =5k

curi 2 paket milo rm70++ penjara 14bln

songlap duit berbillion2 pulak yg masih bebas
Quote gideoncross 9-7-2022 12:16 PM
@Normabaru Milo skrg dh x sdap.
Quote cm_vungtau 9-7-2022 12:28 PM
Senangnya
Quote ezacbee 9-7-2022 12:32 PM
Ringannya hukuman dia. Adakah sbb retis?
Quote encikWawad 9-7-2022 12:40 PM
jijik niaa peguam heshe
buat salah2 teknikal supaya dapat delay masa
if he serve thetime entah2 dah setel setahun (4 bulan + 9 bulan) rayuan hukuman jalan serentak
Quote jalfa 9-7-2022 02:34 PM
Ni bukan salah loyer ni salah pendakwaan cap ayam...pendakwaraya lulusan u mana bodoh sgt ni
Quote auntyonion 9-7-2022 02:56 PM
Normabaru replied at 8-7-2022 09:48 PM
pukul org penjara 13bln =5k

curi 2 paket milo rm70++ penjara 14bln


Kakanorm Chuols kne paham..lg byk nilai wang terlibat..lg sikit hukumannya cth rompak 2.6biliyun blh berjimba kesana sini
Quote auntyonion 9-7-2022 02:57 PM
Tp betul ke kes ni dia kena trap dgn SJ
Quote stingergrumpy 9-7-2022 03:01 PM
Normabaru replied at 8-7-2022 09:48 PM
pukul org penjara 13bln =5k

curi 2 paket milo rm70++ penjara 14bln

Title Dato iteww apa guna kalau tak boleh jadi diskaun?

Ko iteww  kawen dah elok elok pi bercerai....kalo tidak ko pun dah boleh jadi datin seri dugong

Kahkahkahkahkahkah

Quote totokreturn. 9-7-2022 06:45 PM
Syukur malaysia malaysia rendah inflasi nya
Quote stingergrumpy 9-7-2022 06:53 PM
gideoncross replied at 9-7-2022 12:16 PM
@Normabaru Milo skrg dh x sdap.

Australian Recipe bukan utk marhaen.....

Quote fortiori13 11-7-2022 10:26 PM
Pendakwaan failkan notis rayuan yg cacat (tidak bertandatangan). Mahkamah dah 3 kali tegur suruh betulkan tapi tak dibuat, so mmg justified la hisyam teh poh teik bantah bila pendakwaan nak minta lanjut masa utk betulkan notis rayuan yg cacat x de tandatangan tu.
Quote fortiori13 11-7-2022 10:40 PM
jalfa replied at 9-7-2022 06:34 AM
Ni bukan salah loyer ni salah pendakwaan cap ayam...pendakwaraya lulusan u mana bodoh sgt ni

Hahaha.. itulah..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039044 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top