|
Ikhlas mahu membantu! Penyanyi Tomok terjentik hati untuk menghulurkan sumbangan kepada seorang gelandangan yang menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz berjudul Sejarah Mungkin Berulang.
Cerita Tomok, 38, dia membuat satu hantaran menyatakan hasrat untuk berjumpa selepas menonton video lelaki berkenaan menyanyikan lagu itu di media sosial, baru-baru ini. Impiannya itu bagaimanapun tidak kesampaian kerana lelaki berkenaan berada di Semporna, Sabah dan mereka hanya mampu bertentang mata menerusi panggilan video. "Apabila saya menonton video dia menyanyi terus terdetik dalam hati saya untuk membantu. Melihat keadaannya yang tidak terurus duduk di lantai timbul rasa kasihan. Perasaan itu datang tiba-tiba.
"Sebab itu saya terus kongsikan di media sosial mahu mencari individu tersebut. Walaupun dalam keadaan yang mungkin tidak berapa sihat, dia masih boleh ingat lagu saya dan ketika dihubungi, dia kenal siapa saya," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.268014 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.