CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Set Penggambaran Filem Mat Kilau, Perak Kaji Jadikan Lokasi Pelancongan (Siap)

8-7-2022 03:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3673| Komen: 29|Original author: Tatod


Menjadikan Padang Koba Telok Bakong, Perak sebagai set penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi menimbang cadangan menjadikan lokasi itu sebagai destinasi pelancongan filem.

Menerusi laporan Berita Harian, saranan itu dipertimbangkan bagi mengangkat industri perfileman negara dan menjadikan lokasi berkenaan sebagai produk pelancongan baharu di Perak.

Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi 


"Ini satu cadangan baik. Setakat ini, kita belum melakukan apa-apa untuk mengekalkan lokasi penggambaran terbabit kerana difahamkan ia bukan set kekal.

"Jadi, kita akan lihat cadangan, sama ada kita perlu kekalkan lokasi berkenaan sebagai destinasi pelancongan filem popular," katanya dalam satu sidang media.

Katanya lagi, cadangan mengekalkan set penggambaran filem tersebut selari dengan penubuhan Perak Film Office (PFO) sejak 2016.

"PFO menawarkan khidmat membantu pengusaha filem mengenalpasti lokasi penggambaran yang sesuai dengan kehendak mereka.

Pembinaan set penggambaran Mat Kilau

"Sudah banyak lokasi di Perak yang menjadi pilihan penerbit kerana kedudukan berhampiran Kuala Lumpur dan memudahkan kru dan tenaga produksi bergerak.

"Kita ada banyak lokasi lain yang boleh disesuaikan dengan filem seperti Kapal Korek Tualang No 5 yang sudah banyak kali penggambaran dilakukan di sana," katanya yang berharap Perak terus mendapat perhatian penerbit filem pada masa akan datang. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 8-7-2022 04:02 PM
Angkat jgn x angkat… lepas setahun tumbuh lalang. Bali tersenyum sinis
Quote TOPwind 8-7-2022 04:09 PM
dulu THE KING and I, pu n buat kat sini . tapi now??
Quote nuralisa 8-7-2022 04:19 PM
Padang Koba Telok Bakong, Perak  
ate .. belah mana padang koba nie??
Quote jejaka_hensem 8-7-2022 04:20 PM
Perak memang byk kawasan2 yg menarik utk dijadikan set utk film,drama.
Iols pernah sampai di tempat penggambaran film balada dulu tu.cantik kg tu.
Quote wirazam 9-7-2022 07:54 AM
jejaka_hensem replied at 8-7-2022 04:20 PM
Perak memang byk kawasan2 yg menarik utk dijadikan set utk film,drama.
Iols pernah sampai di tempat  ...

Kpg tu Nama apa? Nak pi visit..
Dulu 2 kat Perlis Ada tasik apa tah..yg penyanyi aliah buat video music dulu..mmg cantik tmpt Tu...tapi skrg dah X cantik..kerajaan negeri tak jaga ke...haishhhh
Quote jejaka_hensem 9-7-2022 09:07 AM
wirazam replied at 9-7-2022 07:54 AM
Kpg tu Nama apa? Nak pi visit..
Dulu 2 kat Perlis Ada tasik apa tah..yg penyanyi aliah buat video  ...

Lupa dah sis nama tempat tu,dah lama dah pegi haritu.
Tempat mv aliyah tu cantik kan?
Quote AbukRokok 9-7-2022 10:21 AM
kesian
melawat tapak bersejarah pengambaran filem kungfu panda ombak rindu no problem etc
Quote white_musk 9-7-2022 10:34 AM
Apabila sampai ke bota jangan lupa makan Pau Kulop Ayor

sedap sangat, akak siap patah balik dari teluk intan ke bota sebab nak tambah lagi makan dalam kereta selalu habis
Quote white_musk 9-7-2022 10:40 AM
tapi akak tak gundu tau
Quote shernazz 9-7-2022 01:48 PM
wirazam replied at 9-7-2022 07:54 AM
Kpg tu Nama apa? Nak pi visit..
Dulu 2 kat Perlis Ada tasik apa tah..yg penyanyi aliah buat video  ...

Tasik timah tasoh...
Dolu mmg cantiks
Quote Mulotkoyak 9-7-2022 01:57 PM
Macam tempat filem Lang Buana dulu. Di Chegar Galah, Kuala Kangsar terus sendu sepi dibuatnya padahal lokasi menarik dan cantik. Kerajaan Perak banggang xjg jd kn eco-filem. Ni nk buat lg. Bankrap duit rkyt.
Quote wirazam 9-7-2022 02:24 PM
shernazz replied at 9-7-2022 01:48 PM
Tasik timah tasoh...
Dolu mmg cantiks

Skrg wujud lagi ke tmpt Tu?
Quote shernazz 9-7-2022 04:29 PM
wirazam replied at 9-7-2022 02:24 PM
Skrg wujud lagi ke tmpt Tu?

Lama dah tak lalu situ...
Bertahun dah...
Dolu ada la makan kat restoran dkt.dgn tasik tu
Slalu jadi.tmpt dating2 dan family lepaks2...
Quote MissVixen 9-7-2022 05:54 PM
wirazam replied at 9-7-2022 02:24 PM
Skrg wujud lagi ke tmpt Tu?

Wujud je lagi. Kalau weekend, sesak dalam tu kereta banyak masuk. Ada tempat memancing, sewa bot dan pondok2 orang jual makanan. Cantik kalau air tengah penuh musim hujan... Kalau kemarau, berselut je tepi.
Quote pooh~key 9-7-2022 07:02 PM
shernazz replied at 9-7-2022 04:29 PM
Lama dah tak lalu situ...
Bertahun dah...
Dolu ada la makan kat restoran dkt.dgn tasik tu

Restoran tu kepunyaan hotel ke sis?
Quote ultra78 9-7-2022 07:11 PM
Lepas ni boleh la buat filem tok janggut pulak. Tapi lokasi penggambaran terpaksa dibuat negeri lain disebab hutan dah gondol,dan rakyat pun kena tgk filem di negeri lain.
Quote shernazz 9-7-2022 07:34 PM
pooh~key replied at 9-7-2022 07:02 PM
Restoran tu kepunyaan hotel ke sis?

Tak pasti la uols sebab iols makan je kat situ...
Lepas jenjalan di gua kelam..haha
Quote supernaturalee 9-7-2022 08:47 PM
Yeke ni

Bekas2 pengunjung MAPS, ipoh tersenyum sinis

Quote supernaturalee 9-7-2022 08:48 PM
white_musk replied at 9-7-2022 10:34 AM
Apabila sampai ke bota jangan lupa makan Pau Kulop Ayor

sedap sangat, akak siap patah balik dari ...

Bapokkk jauh kome tlk intan - bota

Sejenis gigih ni

Tp nk try lh pau yg uols mentioned

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079890 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top