Rakyat Malaysia dan durian tak dapat dipisahkan. Walau harga kayangan namun bagi penggemarnya, ia tidak menjadi penghalang.
Namun baru-baru ini seorang individu mendakwa buah durian berkualiti premium yang dibelinya tidak mengandungi sebarang isi. Harga mahal tapi tak ada isi apa cerita? Di Facebook, lelaki berkenaan meluahkan rasa kecewa selepas durian premium jenis black thorn seberat 1.8kg yang dibelinya dengan harga RM117 untuk sebiji tidak mempunyai sebarang isi. Menerusi video yang dipaparkan, lelaki tersebut membuka kulit durian namun mengejutkan setiap pangsa durian itu juga didapati kosong dan tidak memiliki sebarang biji.
Pada awalnya, lelaki ini menyangka buah durian seberat 1.8kg itu mempunyai isi yang berkualiti setanding dengan harga yang dibelinya tetapi harapannya musnah dan kecewa selepas membuka buah tersebut. Loading FB Post... Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat kualiti durian premium tersebut. Ada di antara mereka memberitahu sepatutnya lelaki berkenaan membuka durian terlebih dahulu di gerai sebelum dibawa pulang.-CARI
|
dua_chzy replied at 8-7-2022 11:37 AM
Tu ke black thorn? Nampak macam durian biasa saja?
mejaputih replied at 8-7-2022 03:39 AM
tu la bukan ke black thorn ada kaler hitam kat hujung duri?
dua_chzy replied at 8-7-2022 03:37 AM
Tu ke black thorn? Nampak macam durian biasa saja?
testly: Durian peram kah itu? Tahun ni ...
capiloton replied at 8-7-2022 02:57 PM
korang yang makan durian ni takde rasa bersalah ker,
support bisnes kartel perosak alam.
Mary_jane replied at 8-7-2022 03:19 PM
Black thorn ni lagi sedap banding musang king. Tak muak walau makan lebih. Asal jangan sampai mentek ...
cmf_premierleag replied at 8-7-2022 03:51 PM
Akak rs IOI lg sedap dr musang king juga
Musang king is too overrated ya
ADVERTISEMENT