CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawar Diri Untuk Berperang, Model Cantik Mati Terkena Bedilan Misil

8-7-2022 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2703| Komen: 15

KIEV – Seorang model Brazil yang menawarkan diri untuk berperang bersama tentera Ukraine dilaporkan mati akibat serangan peluru berpandu Russia, lapor laman berita Wion News.


Thalita do Valle yang merupakan seorang bekas model berusia 39 tahun, baru berada di Ukraine selama tiga minggu untuk menyertai skuad penembak tepat.

Pada 30 Jun lalu, sebuah peluru berpandu Russia mengenai rantau Kharkiv iaitu lokasi di mana Thalita bersama-sama sekumpulan askar Ukraine sedang dalam misi untuk menyelamatkan penduduk di sebuah kampung.


Foto: IG

Peluru berpandu itu mengenai kubu mereka, lapor akhbar The Sun.


Serangan peluru berpandu itu turut membunuh bekas anggota tentera Brazil, Douglas Burigo, 40, yang kembali ke kubu untuk mencari wanita itu.

Thalita ialah satu-satunya orang yang tertinggal selepas serangan peluru berpandu pertama, kata beberapa pejuang lain.

“Dia ialah seorang wira dan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan nyawa dalam misi kemanusiaan,” kata abang Thalita, Theo Rodrigo Viera kepada saluran berita Brazil, UOL.

Thalita yang sebelum ini menetap di kota raya Sao Paulo adalah seorang bekas pelakon kanak-kanak dan bekerja sebagai model pada usia 18 tahun.

Dia juga belajar dalam jurusan undang-undang selain menjadi aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif mempertahankan hak haiwan, kata keluarganya. 

Thalita mendapat latihan sebagai penembak tepat semasa menyertai pasukan Pashmerga iaitu militia puak Kurdis di wilayah Kurdistan, Iraq, demikian menurut laman news.com.au. Dia pernah menyertai misi kemanusiaan di seluruh dunia dan turut berperang menentang militan Daesh di Iraq. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 8-7-2022 11:28 AM
kalau islam mati syahid dah
Quote plywood 8-7-2022 11:57 AM
Terpelajar ada kerjaya tapi nak juga ke medan perang untuk tolong orang. Memang ada manusia yang sukar difahami..
Quote gigahertz 8-7-2022 12:04 PM
plywood: Terpelajar ada kerjaya tapi nak juga ke medan perang untuk tolong orang. Memang ada manusia yang sukar difahami..

sebab position dia kat maskman. maskman ni duduk diam diam je nyorok x gerak.
Quote batmana 8-7-2022 12:27 PM
Igt senang ke nk jadi askar..ni bukan main polis sentri One 2jaga.. minah ni salah faham..
Klu keje bidang lain..stay ajala kt situ..ni bukan kepakaran kamu.
Quote VioletsAre_Blue 8-7-2022 12:58 PM
batmana replied at 8-7-2022 12:27 PM
Igt senang ke nk jadi askar..ni bukan main polis sentri One 2jaga.. minah ni salah faham..
Klu keje  ...

Dia ada pengalaman kan kat iraq sebab tu nak join bantu ukraine
Quote eragon 8-7-2022 01:30 PM
Dia terkorban demi mempertahankan negara UKRAINE. pejuang sejati. GOD bless you.
Quote eragon 8-7-2022 01:30 PM
Dia terkorban demi mempertahankan negara UKRAINE. pejuang sejati. GOD bless you.
Quote dua_chzy 8-7-2022 01:40 PM
batmana replied at 8-7-2022 04:27 AM
Igt senang ke nk jadi askar..ni bukan main polis sentri One 2jaga.. minah ni salah faham..
Klu keje  ...

Ko tak baca perenggan akhir ke?
Quote allshares 8-7-2022 03:13 PM
Bio la dia mati buat bende yg dia suka, which is menolong org. Tak sia2 hidup yah beauty inside out.
Quote Normabaru 8-7-2022 03:19 PM
Lawa n baik hati..

Patut jadi miss world

Yg miss world sedia ada buat apa skrg?

Misi keamanan la misi tlg org miskin la sume on paper ja..reality nya senduuuu
Quote sukacactus 8-7-2022 03:24 PM
Huh! Org buat benda baik pun kena kecam
Dah malas membaca, setakat baca tajuk je pastu xsabo2 nak komen
Quote gideoncross 9-7-2022 05:23 PM
Retis2 pompuan Mulayu Melesia ttap lh dgn crita khwin, laki & ank.
Quote Buritan 9-7-2022 06:34 PM
Suke baca ttg dia.. lebih lagi suke tolong binatang.. wpun ko kapirun tp aku tetap suke akan pengakhiran mu.. baiknya hatimu..
Quote pooh~key 9-7-2022 06:54 PM
rosedemon replied at 8-7-2022 11:28 AM
kalau islam mati syahid dah

Tu diaaaaa allah dah turunkan wahyu kat rosedemon dekkkk….. aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan allah, aku naik saksi rosedemon adalah pesuruh-Nya, dekkkkkk.
Quote ultra78 9-7-2022 07:02 PM
Baguslah serang russia. Putin punca harga minyak masak,ayam dan telur naik.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053544 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top