Agar sukar membendung sikap segelintir peniaga yang sanggup menipu dengan menggunakan artis terkenal sebagai pelaris pada barangan dagangan mereka. Walaupun sudah diberikan amaran, perkara seperti ini tetap akan timbul.
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Mira Filzah pula yang menjadi mangsa apabila ada yang menyamar sebagai dirinya untuk mempromosikan produk makanan tambahan.
Bimbang ramai yang tertipu, aktres itu tampil menjelaskan dia tidak ada kena-mengena dengan produk tersebut.
"Ada juga yang percaya suruh PM. Facebook ni janganlah percaya sangat. Banyak betul fake accounts.
"Saya ada je Facebook tapi tak aktif pun so jangan percaya, okey?
"Risau nanti kena tipu ke apa," tulisnya di IG Story. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Aku ni Apa2 pon x percaya.. Satu2 yang aku terperdaya tu ha diffenz tu.. Sebab beria org kata bagus utk covid. Tapi aku perasan kat ingredients tu mana ada tulis berapa mg vit C, berapa mg camu2 dorg letak..
Pastu 3botol aku beli seme rasa x sama, ada yang terlebih manis, ada yg masam sikit.
Last2 aku balik semula makan Vitamin C beli kat pharmacy..